Saturday, September 6, 2008

Selamat Datang

Blog ini dibina setelah tamat Program Jelajah Berbasikal Merdeka Tahun 2008 Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke 51 dari Bentong ke Kuantan. Banyak gambar telah dirakamkan semasa program tersebut. Ada yang bertanya tentang gambar-gambar yang dirakamkan. Inilah jawapannya, mereka boleh melihatnya di kemaspahang.blogspot.com.

Dengan izin Allah SWT, jika ada kelapangan, saya akan masukkan gambar-gambar semasa Program Jelajah Berbasikal Merdeka Tahun 2008 Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke 51 secara berperingkat. Bolehlah peserta, kenalan dan keluarga mereka melihat apa yang berlaku semasa Program Jelajah Berbasikal Merdeka Tahun 2008 Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke 51.

Terdapat juga permintaan oleh kawan-kawan untuk melihat gambar-gambar yang dirakamkan semasa Program Jelajah Berbasikal Merdeka Tahun 2008 Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke 51. Ada yang teruja dan merasa amat kagum melihat kesanggupan kakitangan Kemas Pahang berbasikal dari Bentong sampai ke Kuantan.

Sesungguhnya program berbasikal sebegini amat menguji kemanpuan mental dan fizikal peserta. Setelah tamat peogram ini kita tahu setakat mana kekuatan mental dan fizikal kita untuk menghadapi apa-apa tugas harian.

Akhir sekali saya ucapkan TAHNIAH kepada Pengarah Kemas Pahang Tuan Haji Nik Man bin Nik Ya kerana mengusahakan program yang jarang-jarang dapat dilihat di Negeri Pahang. Bagaimana Tuan Haji Nik Man bin Nik Ya boleh terfikir program sebegini, kita kena tanya Tuan Haji Nik Man bin Nik Ya.

Sekian.

No comments: