Saturday, September 13, 2008

Berbasikal: Bentong - Kuantan 03 (23hb-08pg)

Kemas Pahang:
JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008
8.00 pagi - 23.08.08 (Sabtu)

Catatan 3:
Pada pagi ini Tok Penghulu telah diberikan penghormatan bagi melepaskan peserta di Kampung Gajah Simpang Pelangai. Pengarah Kemas Pahang, Tuan Haji Nik Man bin Nik Ya juga turut bersedia untuk memulakan kayuhan pada hari pertama.

Kalau ada mereka yang ingin kongsi cerita dan pengalaman mereka, klik pada 'comment'.

1
2

3
4
5
6
7
8
9

Info Berbasikal:

Jika anda mengayuh berkumpulan, anda perlu tahu dimana tempat untuk mengayuh beriringan berdua atau bila perlu berseorangan. Jika semasa program rasmi berbasikal dimana terdapat kenderaan pengiring, adalah elok dan kemas jika kempulan mengayuh secara berdua-dua sepanjang perjalanan. Semua peserta mengayuh dalam jarak yang sama antara satu sama lain.

Jika pasukan dapat sentiasa berdisplin sepanjang perjalanan, pasukan akan mendapat semangat yang luar biasa. Contohnya adalah lebih mudah mendaki bukit dalam kumpulan yang ramai daripada mendaki bukit seorang diri.

Pengguna jalanraya juga akan menghormati pengayuh basikal kerana bergerak dengan penuh berdisplin dan amat cantik dipandang, jika kumpulan mengayuh secara berdua-dua tanpa terputus-putus. Malah cara ini akan memudahkan pasukan polis mengawal lalulintas kerana jarak yang perlu dijaga tidak terlalu jauh.

No comments: