(1) Kayuhan Patin Bandar Temerloh ini kurang mendapat penyertaan dari
seluruh Pahang kerana 'berlaga' dengan tarikh Kayuhan Bandar Kuantan.
pengayuh kuantan dan bandar sekitarnya akan bertumpu ke Kayuhan Bandar
Kuantan. manakala pengayuh yang berada disekitar bandar Temerloh akan
bertumpu ke Kayuhan Patin Bandar Temerloh.
(2) Program Kayuhan Patin Bandar Temerloh ini diuruskan oleh pasukan
Sinar Harian Pahang. Untuk menyertainya peserta perlu membuat bayaran
sebanyak RM30.00 seorang. Dapat sehelai baju T, dapat makan nasi lauk
daging (bukan patin), dapat cabutan bertuah (ramai yang bertuah), dapat
masuk sukanika dan akhir sekali dapat bergambar dengan dua ekor ikan
patin (ikan betul).
(3) Kayuhan Patin Bandar Temerloh mendapat penyertaan dari kaum wanita
juga. Jangan kata wanita tak kuat kayuh basikal, ada yang kuat boleh
mengalahkan orang lelaki semasa atas basikal.
(4) Lagi gambar Kayuhan Patin Bandar Temerloh DISINI [atokmtb.blogspot.com/2011/10/tok-meriahkan-kayuhan-bandar-patin.html]
No comments:
Post a Comment