Sunday, December 13, 2009

Lama Tak Tulis Lagi

Sebenarnya bukan tak ngayuh dah masa ni. Banyak program ngayuh dah dijalankan. Banyak gambar-gambar telah dirakamkan. Malah kayuh berbasikal BMX pun pernah dijalankan. Tak sangka pula bebudak ni sanggup kayuh BMX sampai 60 km.

Kalau ada masa dan kesempatan nak sangat saua upload gambar-gambar tersebut. Sayang kalau gambar-gambar tersebut disimpan dalam hard disk dan CD sahaja.

Saya berdoa semoga saya ada masa untuk upload gambar-gambar tersebut.

Friday, April 17, 2009

Lama Tak Tulis

Kemas Pahang telah sekali lagi mengadakan kembara berbasikal 2009. Kalau pada tahu 2008 telah bermula di bentong dan tamat di kuantan, pada kali ini telah bermula di Rompin dan tamat di Kuantan. Program tahun 2009 ini telah diadakan pada 9hb. April (Rompin) hingga 13hb April (Kuantan). Pada kali ini program ini dinamakan "Program Pemimpin Turun Ke Desa (Jelajah Berbasikal Antara Kampung GDW) 9 Hingga 13 April 2009 (Rompin - Pekan - Kuantan) ". Program Pemimpin Turun Ke Desa (Jelajah Berbasikal Antara Kampung GDW) 9 Hingga 13 April 2009 (Rompin - Pekan - Kuantan) anjuran Pejabat KEMAS Bahagian Operasi PKM Jalan Bukit Ubi Kuantan.

Pada kali ini saya tak berpeluang untuk turut serta berbasikal dengan Kemas Pahang. Tak ada gambar-gambar sekitar program tersebut yang dapat di kongsi bersama disini. Kalau ada mana-mana organisasi yang inginkan liputan penuh tentang program berbasikal mereka boleh la hubungi saya. Jangan hubungi Kemas Pahang, saya tak kerja dengan Kemas Pahang.

Semoga program berbasikal anjuran Kemas Pahang ini dapat MENGEMASKAN minda dan jati diri penduduk di negeri Pahang. Bukan bermaksud minda dan jati diri yang ada sekarang serabut, kerja-kerja mengemas ini memang perlu selalu dilakukan. Barulah minda dan jati diri sentiasa kemas dan tersusun. Baru senang nak bergerak kehadapan. Bak kata Siti Nordiana dalam lagunya "Bukan Mengungkit Tapi Membangkit "

Susah senang biarlah bersama
Jangan ada dengki di antara kita
Usah pandang pohon yang sebatang
Tapi renung hutan yang terbentang
Yang merimbun dann juga menghijau
Ada makna rahsia tersembunyi

Sekian.

Tuesday, March 31, 2009

BlogMalaysia.com


BlogMalaysia - a human edited web directory with Google PageRank 3 status - invites bloggers around Malaysia to submit and promote their blogs to gain higher publicity to the world!

31.03.2009 -kemaspahang.blogspot.com mohon disenaraikan dalam Blog Malaysia setelah 33 tajuk ditulis.
11.04.2009-[Number Hits: 00] [Pagerank:00] [Alexa Rank:8] [Google IP:46]
03.06.2009-[Number Hits: 02] [Pagerank:00] [Alexa Rank:8] [Google IP:53] [Posts:36]
12.06.2009-[Number Hits: 03] [Pagerank:00] [Alexa Rank:8] [Google IP:46] [Posts:36]