Sunday, October 5, 2014

Kayuhan Hijau Gunung Senyum - balik

 1. Abang Meri dan Abang Nuar sedang memeriksa ikatan basikal atas lori.
 2. Abang Nuar dan Abah sedang memeriksa kekemasan ikatan basikal pada lori.
 3. Semua peserta Kayuhan Hijau Gunung Senyum akan bertolak balik dengan bas sekolah. Kecuali tiga orang
4. Basikal peserta Kayuhan Hijau Gunung Senyum akan bertolak balik ke Temerloh dengan lori. Kecuali tiga buah basikal.

Kami bertiga telah merancang dari awal untuk kayuh pergi dan kayuh balik. Bagi saya dan saudara Badrul, ini bukanlah kali pertami kami kayuh ke Gunung Senyum. Kayuhan gunung senyum adalah acara tahunan kami. Kami telah mengayuh ke Gunung Senyum bermula pada tahun 1991, iaitu zaman jalan batu kawi.

Bermula pada tahun tersebut kami akan setiap tahun membuat kayuhan ke Gunung Senyum. Kebiasaannya kami akan kayuh setahun sekali tetapi pernah juga sampai tiga kali pada tahun 1998. Pada tahun ini iaitu 2011, kami berpeluang mengayuh 2 kali ke Gunung Senyum.

Setiap kali kayuhan ke gunung senyum, kami akan menempuh pengalaman yang berbeza. Kayuhan pertama tahun 2011 ini adalah Kayuhan Homestay Gunung Senyum. Pada kayuhan ini kami pertama kalinya berpeluang untuk melalui dua jambatan iaitu pergi ikut Jambatan Temerluh dan balik ikut Jambatan Kerdau. Jarak yang kami tempuh adalah lebih 90km. Sampai di Kerdau kami lihat suasana sungguh meriah dengan kempen pilihanraya PRK Kerdau.

Manakala pengalaman semasa Kayuhan Hijau Gunung Senyum ini kami telah ditimpa hujan lebat. Ini juga adalah pertama kalinya kami terkena hujan lebat semasa kayuhan ke Gunung Senyum (bukan kali pertama kayuh dalam hujan lebat). Walaupun hujan lebat kami memilih untuk meneruskan kayuhan. Barangan seperti bag duit, handphone dan kamera telah dibungkus dengan bag plastik.

Manakala meter basikal pula dibungkus dengan plastik pembalut kotak rokok kerana plastiknya jernin dan memudahkan untuk melihat meter. Kalau tak dibalut dengan plastik kotak rokok, meter yang bukan kalis air akan padam. Disebabkan kami tidak merokok maka terpaksalah kami mencari kotok-kotok rokok disepanjang jalan. Nasib baik ada orang buang kotok rokok tepi jalan tapi jangan amalkan selalu.

Setelah sampai, meter merakamkan jumlah jarak adalah 82km manakala purata kelajuan adalah 19.2 km sejam. Kami sangkakan kayuhan dalam hujan lebat akan menyebabkan purata kayuhan akan jatuh sampai bawah 15kmj, rupanya laju juga. Sampai lepas Kampung Bintang hujan mula reda beransur-ansur. Bila sampai semula ke Kubang Gajah (Bukit Angin) pakaian kami hampir kering kecuali kasut.

Sunday, September 28, 2014

Tujuan mengadakan aktiviti mengayuh ke Gunung Senyum adalah untuk kayuh basikal ke Gunung Senyum. Bukan nak panjat gunung senyum. Kalau nak panjat gunung senyum, kenalah pergi dengan kenderaan selain dari basikal. Jangan hairan bila tiada aktiviti panjat gunung dalam pengisian aktiviti Kayuhan Hijau Gunung Senyum. Pada peringkat ini cukuplah dengan melihat links orang lain yang berkesempatan panjat gunung. Lain kali kita minta Abah buatkan program kayuhan dan bermalam di Gunung Senyum. Baru ada kesempatan dan lebihan tenaga untuk panjat gunung senyum. Pada kali ini kita cuma tengok gunung dan senyum.


1. akubye.wordpress.com (ekspedisi-gunung-senyum)
 2. hazaldn.com (gunung-senyum-recreational-forest-temerloh)
 3. mymountaingoal.com (foto_cave_senyum)
 4. sakmongkol.blogspot.com (gunung-senyum-monopoly-capital)
 5. cavingliz.multiply.com (Gunung_Senyum_caves)
 6. livehealthyactive.blogspot.com (pendaki-meninggal-dunia-di-gunung-senyum)
 7. mrsmfelda.edu.my (ekpedisi-gunung-senyum)
8. allmalaysia.info (trouble-for-gunung-senyum-caves)

Sunday, September 21, 2014

Kayuhan Hijau Gunung Senyum - ikan patin

 1. Setelah sampai peserta Kayuhan Hijau Gunung Senyum telah di jamu dengan nasi bungkus. Tidak perlu berebut-rebut kerana semuanya cukup.
 2. Lauk pada kali ini adalah Gulai Ikan Patin Temerloh. Makan untuk peserta Kayuhan Hijau Gunung Senyum ini adalah tajaan Abah. Ikan patin ini datangnya dari Sangkar Ikan Patin Abah di Pangsanam. Gulai patin ini adalah resepi istimewa dari Abah juga.
 3. Masing-masing dan tak sabar nak menikmati nasi dan lauk ikan patin masakan Abah.
 4. Kami makan tak banyak walaupun dah mengayuh 40 km. Cukup sebungkus nasi dan sebungkus ikan patin. Tenaga yang dibekalkan oleh ikan patin Abah ini cukup buat saudara Badrul untuk mengayuh 40km lagi untuk balik ke Temerloh.
 5. Rasa masakan patin ini sungguh berlainan dari masakan di restoran patin di Temerloh. Dibandingkan dengan masakan patin di tepi sungai Temerloh, di Bukit Angin Temerloh atau di Batu Satu Temerloh ... yang Abah buat paling patin paling sedap. Tak ada langsung rasa sangkar. Mungkin sempurna basuhannya dengan limau nipis dan tepat sukatan bahannya.
Kalau ada rezeki yang lebih bolehlah Abah buat Kayuhan Hijau ke Sangkar Patin.
6. Bila dan makan tibalah masa untuk berihat sebelum mandi dan solat. Semua kemudah tu ada disediakan di Gunung Senyum ini. Maksudnya ada betul tandas dan suraunya. Bukan mandi dan solat dalam Gunung Senyum. Marah Penunggu Gunung Senyum.

Sunday, September 14, 2014

Kayuhan Hijau Gunung Senyum - sampai

 1. Ini adalah peserta yang terakhir sampai dengan basikal Jamis Durango 1.
 2. Ini juga peserta yang terakhir sampai dengan basikal Cannondale F3000SL. Basikal ini masih mampu membawa tuannya 40km perjalanan pergi dan 40kma lagi perjalanan balik.
 3. Bercerita dengan kakitangan Pejabat Hutan Temerloh yang bertugas menjaga Gunung Senyum. beliau telah bertugas selama 11 tahun menjaga Gunung Senyum. Sesiapa yang yang hendak memanjat Gunung Senyum perlu mendapat izin dari Penunggu Gunung Senyum.
 4. Terkejut juga saudara Faiz apabila mendengar ada Penunggu Gunung Senyum. Sebenarnya petugas Pejabat Hutan inilah penunggu di Gunung Senyum ini. Macam-macam cerita telah dikutip oleh kakitangan yang telah menjadi Penunggu Gunung Senyum selama 11 tahun. Bermula dengan jalan batu kawi dan pejabat lama, sampai kepada jalan tar dan pejabat sekarang yang dibina pada tahun 1992.
5. Menggunakan basikal pinjam jenama Marine. Mohd Faiz b Sofian Penolong. Pengarah Bahagian Elektrikal di Jabatan Bekalan Air (JBA) Kuantan. Basikal asal beliau berjenama Raleigh. Kayuhan Hijau Gunung Senyum ini adalah kayuhan yang paling jauh pernah disertai oleh saudara Faiz iaitu 40 km.

Sunday, September 7, 2014

Kayuhan Hijau Gunung Senyum - Batu Sawar

 1. Seterusnya kembara Kayuhan Hijau ke Gunung Senyum telah sampai ke Perpustakaan Desa Batu Sawar. Ini adalah perpustakaan yang ketiga yang adal dalam laluan ke Gunung Senyum (Perpustakaan Desa Bintang, Teluk Sentang dan Batu Sawar)
2. Kononnya mengikut dongeng orang Melayu, Sang Kelembai merupakan makhluk yang tinggal di dalam hutan jauh dari penempatan manusia. Sang Kelembai dikatakan memiliki ‘kuasa sakti’ yang boleh menyebabkan apa yang ditegurnya akan bertukar menjadi batu.

Patu suatu ketika, Sang Kelembai dipercayai telah lalu di Sungai Pahang dan terlihat sebuah sawar, iaitu alat tangkapan ikan di tengah sungai. Sang Kelembai yang merasakan sawar tersebut mengganggu laluannya lalu menyumpah sawar tersebut. Akibatnya, sawar itu bertukar menjadi batu. Nama Kampung Batu Sawar diambil bersempena batu sawar ini. Pengunjung boleh datang dan melihat sendiri batu sawar ketika air sungai surut.
Harap-harap kita tak terserempak dengan Sang Kelembai semasa mengayuh. Kalau masih was-was bacalah " Doa masuk dan keluar tandas Sebagai Pendinding Semasa Mengayuh Basikal "

Sunday, August 31, 2014

Kayuhan Hijau Gunung Senyum - Perpustakaan Desa Teluk Sentang

 1. Tempat singgahan seterusnya adalah Perpustakaan Desa Teluk Sentang. Untuk menjayakan pengisian Kayuhan Hijau, peserta perlu disalurkan ilmu-ilmu tentang kesedaran alam sekitar. Perpustakaan boleh digunakan bagi mendapatkan ilmu-ilmu tersebut.
 2. Berhampiran Perpustakaan Desa Teluk Sentang ini ada sebuah pentas yang sering digunakan oleh penduduk kampung untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan mereka. Antara pengisian lain yang boleh dijalankan adalah kempen kebersihan seperti mengutip sampah.
 3. Singahan d Perpustakaan Desa Teluk Sentang ini adalah bagi menyemai bibit-bibit membaca dikalangan anak-anak muda yang menyertai Kayuhan Hijau Gunung Senyum.
4. Bukan senang untuk membina minat membaca. Minat membaca amat susah diterapkan apabila pemimpin sendiri tidak membaca. bagi menyiapkan anak-anak muda fixie bagi menjadi pemimpin masa akan datang, mereka perlu diterapkan minat membaca. Minat membaca dikaitkan dangan minat ilmu. Kalau pemimpin tidak minat membaca pemimpin tiada ilmu. Membaca disini bermaksud membaca buku.

Sunday, August 24, 2014

 1. Hentian yang pertama adalah di jambatan. Ini adalah kumpulan yang pertama sampai.
 2. Ini pula adalah kumpulan yang kedua sampai di jambatan.
 3. Manakala ini pula adalah kumpulan yang ketiga sampai di jambatan.
4. kayuhan Hijau Gunung Senyum ini telah mendapat bantuan pengiring bermotosikal dan berkereta.

Sunday, August 17, 2014

Kayuhan Hijau Gunung Senyum - berkumpul

 1. Seperti yang ditunggu-tunggu, akhirnya sampailah hari berlangsungnya Kayuhan Hijau Gunung Senyum iaitu 26 November 2011 (Sabtu). Pengayuh Fixie adalah sebahagian dari jumlah peserta yang menyertai Kayuhan Hijau Gunung Senyum. Kayuhan ini adalah cara Semantan MTB menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia yang telah bermula pada tahun 1972. Hari Alam Sekitar Sedunia kini semakin berkembang sehingga menjadi salah satu acara oleh Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membangkitkan kesedaran orang ramai di seluruh dunia mengenai alam sekitar. Semantan MTB yang menjadi penganjur Kayuhan Hijau gunung Senyum turut serta mahu memberikan kesedaran kepada komuniti pengayuh basikal di Temerloh.
 2. Turut menambah kemeriahan Kayuhan Hijau Gunung Senyum ini adalah peserta dari Jerantut dan Kuantan.
 3. Topi keledar basikal adalah barang yang menjadi kemestia kepada pengayuh basikal mountain bike (MTB). Tetapi bagi pengayuh basikal fixie pula topi keledar basikal bukan menjadi sebahagian dari imej pengayuh basikal fixie.
 4. Selain topi keledar, brek juga menjadi perkara kemestian kepada pengayuh basikal mountain bike. Tetapi bagi pengayuh fixie brek bukan perkara yang menjadi kewajipan. Kalau pun ada yang memasang brek, cukup dengan brek depan sahaja.
 5. Kita semua kena faham bahawa basikal fixie dan merempit dengan motosikal adalah sebahagian dari cara hidup anak-anak muda zaman ini. Kita tidak boleh menghalang mereka merempit dengan motosikal. Kerana mereka akan tetap merempit. Begitu juga kita tidak boleh menghalang mereka merempit dengan basikal yang tak ada brek kerana itulah kegilaan anak-anak muda sekarang.
 6. Kalau kita halang mereka, mereka akan menjauhkan diri dari kita dan akhirnya mereka hanyut dalam dunia fixie mereka sendiri akhirnya nasihat kita tiada makna. Apa yang boleh kita lakukan adalah buatkan program untuk mengumpul mereka. Dalam program-program tersebut bolehlah kita selitkan serba sedikit panduan dan pegangan yang hendak kita terapkan dalam jatidiri mereka.
 7. Kita perlu berusaha untuk sediakan program untuk mereka. Mereka yang mengayuh fixie pada hari ini ada kemungkinan adalah pemimpin anak-cucu kita pada masa depan. Kita berikan mereka pelbagai peluang yang terbaik bagi menyiapkan mereka untuk menjadi pemimpin masa depan. Selebihnya marilah kita sama-sama berdoa supaya kita berjaya membimbing mereka dan mereka mahu mendengar nasihat kita.
 8. Mungkin ada yang masih tertanya-tanya, apakah sebenarnya Kayuhan Hijau. Apakah matlamat Kayuhan Hijau dan apakan objektif Kayuhan Hijau serta kenapa warna hijau?
 9. Secara mudahnya Hijau bermakna warna alam sekitar. Melalui Kayuhan Hijau ini kita mahu menanam rasa cinta anak-anak muda kepada kehijauan alam sekitar yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita semua untuk dinikmati. Kita mahu alam sekitar kita bersih dan bebas dari pelbagai pencemaran. Malahan berbasikal sendiri adalah aktiviti yang mesra alam sekitar. Kerana kita menggunakan kenderaan yang tidak menggunakan minyak petrol. Sedikit sebanyak kita boleh menjimatkan penggunaan petrol yang juga mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar. Supaya anak-cucu kita berpeluang menghirup udara segar lebih lama.
10. Mungkin sumbangan pengayuh basikal mountain bike dan fixie seramai 30 orang ini amat kecil tetapi tidak rugi kita menjalankan program mendidik anak-anak muda supaya cintakan kehijauan alam sekitar. Pada masa-masa akan datang diharap akan ada lebih ramai pihak yang sukarela memberikan sokongan dan bantuan kepada Semantan MTB untuk aktiviti seterusnya.

Sunday, August 10, 2014

Kayuhan Gunung Senyum (11) Rodong

Inilah rodong yang mengayuh dari Temerloh sampai ke Gunung Senyum.
05
04
03
02
01

Sunday, August 3, 2014

Kayuhan Gunung Senyum (10) Penaluka Khursani

Saudara badrul hisham ni dah mengayuh bermula tahun 1992, sekarang ni dah hampir 20 tahun mengayuh. Bermula dengan basikal MTB besi, basikal MTB cromoly dan sampai sekarang basikal MTB aloi. Selama ni dah membeli sebanyak 7 buah basikal. Sekarang bercita-cita nak beli basikal yang terbaik yang mampu di beli, kalau boleh nak beli MTB Cannondale tapi belum cukup berani menghabiskan sampai 3 atau 4 ribu ringgit untuk sebuah basikal.
10
Saudara badrul hisham ini boleh di kategorikan sebagai orang minat mengayuh (bukan minat basikal). Tak jadi masalah bagi beliau mengayuh basikal besi atau basikal aloi murah. Yang penting kayuh. Bagi sesetengah orang yang penting adalah basikal yang mahal sampai ribu-ribu-ribu harganya. Tapi badrul tak kisah. Pasal dia minat mengayuh basikal bukan minat basikal.
09
Kerap kali orang bertanya," lama sangat koi nengok awok ngayuh tapi ngapa tak kurus-kurus". Jawab badrul "kira kurus lan ni. yang penting koi tak bertambah gemuk ... maintain ... pasal koi ngayuh la. kalau koi tak ngayuh dah lama koi bertambah gemok. ni kira kurus la ni". Tapi apapun ... orang kurus ke , orang gemuk ke ... yang penting sihat. Sentiasa bersenam. Ada hobi yang boleh mengeluarkan peluh.
08
Selama ni dah banyak tempat mengayuh. kebanyakannya bersama abang nizam perpustakaan dan cik zainal risda. Tempat yang pernah sampai dengan mengayuh adalah:
1. Gunung Senyum, bermula masa zaman jalan ke gunung senyum masih batu kawi.
2. Rumah rehat Jerantut
3. Bandar Jengka
4. Felda Lurah Bilut
5. Kampung Pandan, Kuantan
6. Rantau Abang, Kuala Terengganu.
7. Bukit Rengit, Lanchang
8. Kampung Perlok Raub.
9. Tasik Bera
07
Kalau orang yang kuat akan berbangga dengan berapa cepat dan pantasnya mereka boleh sampai ke satu-satu tempat. Tapi bagi orang macam badrul, yang penting adalah sampai. Nak kayuh laju-laju tak larat. Kayuh perlahan-lahan sambil melihat kawasan yang dilalui.

Pernah di satu kampung di bentung, kami ditahan oleh orang kampung dan ajak kami panjat pokok buah. Panjatlah. pas tu mereka bagi kami satu guni buah-buah. Terhayung-hayang cik zainal risda mengusung seguni buah-buahan pemberian orang. Sepanjang jalan kerja kami bersedekah buah-buah tersebut kepada orang-orang yang kami temui sepanjang jalan.

Sebenarnya masa muda-muda kami tiap-tiap tahu kayuh ke gunung senyum. Ada satu ketika tu, semasa kayuh ke gunung senyum, tak ingat tahunnya. Kami kena kejar dek lembu. Ada seorang yang nama Pok Din tak sempat nak pecut laju-laju. Dia tinggalkan basikal dan terus panjat pokok.
06
Pada hari Kayuhan Gunung Senyum ni badrul mengayuh bersama abang nizam. Ada kumpulan mengayuh dari kuantan, jerantau dan temerloh. Tapi mereka semua kayuh laju-laju, kami berdua perlahan aja, janji sampai. Pada hari ini kami telah mengayuh sejauh 85km. Kami pergi naik jambatan temerloh dan kami balik naik jambatan kuala krau.
05
Sepanjang perjalanan balik kami sempat melihat kesibukan orang berkempen untuk PRK Kerdau. Terima kasih kepada orang-orang ditepi jalan yang memberikan sokongan kepada kami untuk menamatkan kayuh gunung senyum kami sejauh 85 km.
04
Kebiasaannya badrul akan mengayuh dalam kumpulan yeng kecil. Antara tiga orang hingga lima orang sahaja. Antara sebabnya adalah susah nak cari rakan mengayuh yang mahu mengayuh seiring dalam satu kumpulan. lagi satu, kalau ada yang tak larat, boleh lah kami tompang lori pickup kecil, cukup untuk lima orang. Kami pernah nompang lori batang getah, lori tong gas, lori kontraktor buat jalan dan lori tokey cina cari madu lebah.
03
Pesanan badrul pada orang yang baru nak minat mengayuh:
1. Tentukan adakah anda minat mengayuh atau minat basikal. Kalau minat mengayuh, beli apa-apa je dulu basikal dan terus ngayuh. Cari kumpulan yang suka cerita pasal mengayuh bukan cerita pasal basikal dia yang mahal.
2. Tentukan anda nak kayuh sampai bila. Kalau nak kayuh sampai tua, marilah kayuh dengan kami. basikal tak perlu mahal, tapi minat ngayuh.
02
Apakah kebaikan yang didapati melalui mangayuh basikal?
1. Ada orang yang kuat mental tetapi fizikal tak kuat.
2. Ada orang yang kuat fizikal tetapi mental tak kuat.
3. Ada orang yang kuat mental dan kuat fizikal.
Mengayuh basikal telah menjadikan saya kuat mental dan kuat fizikal.

Apa tu kuat mental dan kuat fizikal?
Mengayuh sejauh 85 km kalau tak kuat mental dan tentu mintak kereta iring kat belakang. Bila tak daya boleh naik kereta. Mengayuh sejauh 85 km kalau tak kuat fizikal tentu tak sampai balik kerumah.
01
Apa kata isteri jika badrul sibuk mengayuh?
Mak (belum kawin) saya tak kisah. Lagipun aktiviti mengayuh masikal bukan kerja jahat. Mungkin orang kata kerja bahaya. Tapi itu semua tak jadi hal. Saya dah banyak kali jatuh. Patah cermin mata. Pecah topi keleda. Koyak baju dan seluar. Sakit badan jangan nak cerita. Tapi dengan izin Allah SWT semuanya tu menjadikan saya makin cekap mengenali tanda-tanda bahaya. makin tabah. Tapi semua tu mungkin hanya sesuai untuk orang macam saya dan abang nizam aja. Jangan kat mesti sesuai untuk orang lain.

Akhir sekali, kalau nak mengayuh JANGAN MEROKOK.