Saturday, September 13, 2008

Berbasikal: Bentong - Kuantan 11 (24hb-08pg)

Kemas Pahang:
JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008
8.00 pagi - 24.08.2008


Catatan 11:

Pagi ini adalah pagi yang meriah di Kampung Paya Serai Kuala Bera. Keseronokan semakin mendalam kerana tiada lagi hujan lebat. Kalau petang semalam peserta disambut oleh awan hujan, pagi ini awan cerah akan melepaskan peserta.


Sebelum memulakan kayuh ke Chenor, peserta telah memanaskan badan dengan tarian Pocho-Pocho. Semua peserta bersemangat untuk mencuba tarian Pocho-pocho tersebut. Bagi yang pertama kali baru nak mencuba Pocho-pocho memang kelam kabut dibuatnya. Keseronokan berpocho-pocho telah menyebabkan Tok Penghulu pun turut mencuba pocho-pocho ala Tok Penghulu.


Kalau ada mereka yang ingin kongsi cerita dan pengalaman mereka, klik pada 'comment'.

1
2
3 4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14 15 16
17
18 19 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

No comments: