Saturday, September 13, 2008

Berbasikal: Bentong - Kuantan 01 (22hb-10mlm)

Kemas Pahang:
JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008
10.00 malam - 22hb. Ogos. 2008 (Jumaat)

Catatan 1:
Pada malan ini di Surau Kampung Gajah Simpang Pelangai, peserta telah sama-sama solat Magrib, Isyak dan Jenazah. Ceramah agama yang sepatutnya diadakan pada malan tersebut dibatalkan kerana menghormati adanya kematian di Kampung Gajah Simpang Pelangai.

Selepas makan malam diadakan taklimat dan penyerahan baju program kepada semua peserta. Masing-masing menerima sehelai baju berwarna merah hati dan sebotol air 100 Plus. Pengarah Kemas Pahang, Tuan Haji Nik Man bin Nik Ya telah menyampaikannya kepada semua peserta.

Malam ini tak banyak gambar yang diambil kerana memang pada awalnya hanya bercadang untuk mengayuh basikal sampai ke kuantan. Tetapi memang kebiasaannya dalam bag pinggang saya memang sentiasa ada kamera digital kecil 8MP. Kalau bawa kamera yang saya selalu guna memang susah; mana nak kayuh, mana nak ambil gambar, mana nak jaga basikal, mana nak jaga kamera. Rupa-rupanya berjasa juga kamera kecil yang sentiasa duduk dalam bag pinggang saya.

Akhir sekali peserta yang akan mengayuh pada pada hari esok perlu melaraskan tempat duduk masing-masing bagi disesuaikan dengan ketinggian masing-masing.

Kalau ada peserta yang ingin menambah cerita dan pengalaman yang berlaku pada malam pertama mereka, boleh klik pada 'comment'.

1
2
3
4
5

Info Berbasikal:
Tempat duduk basikal perlu dilaraskan sesuai dengan ketinggian seseorang. Kalau seorang yang tingginya 5 kaki, tempat duduk basikalnya perlu dinakikan lebih tinggi berbanding dengan sesorang yang tingginya 4 kaki. Ketika mengayuh basikal, kaki peserta tidak boleh terlalu bangkok (kerana tempat duduk basikal terlalu rendah) kerana peserta akan kurang kekuatan untuk mengayuh basikal . Begitu juga dengan jika tempat duduk basikal terlalu tinggi, kaki peserta terpaksa diluruskan/dijulurkan jauh ke depan untuk membolehkan peserta memijak pengayuh basikal.

No comments: