Saturday, September 13, 2008

Berbasikal: Bentong - Kuantan 04 (23hb-09pg)

Kemas Pahang:
JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008
9.00 pagi - 23.08.2008

Catatan 4:
Peserta memulakan kayuhan dengan laju dan bersemangat. Namun begita pihak JPA 3 sentiasa ada di belakang untuk memberikan bantuan kecemasan kepada yang hampir kehabisan nafas.

Peserta dibenarkan berhenti setiap 5 km dan setiap 10 km peserta dibenarkan bertukar pengayuh. Peserta dari TUDM dan Pasukan Teknikal dari Persatuan Lumba Basikal Pahang perlu mengayuh sampai ke Kuantan.

Kalau ada mereka yang ingin kongsi cerita dan pengalaman mereka, klik pada 'comment'.

1
2
3
4
5
6 7
8 9 10

Info Berbasikal:

Kepada mereka yang baru memulakan aktiviti berbasikal, mereka hendaklah memulakan kayuhan dengan perlahan menggunakan gear yang rendah/ringan. Dengan cara ini kita memberi peluang kepada badan kita umumnya dan jantung kita khususnya untuk beransur maju berfungsi lebih daripada biasa. Kita tidak boleh memaksa jantung kita berfungsi lebih dari biasa dalam tempoh yang mendadak. Keadaan ini akan lebih terasa kepada mereka yang merokok.

Dalam 5 km yang awal, badan kita mula menyesuaikan diri dengan pelarasan yang kita buat pada basikal kita berdasarkan ketinggian kita.

No comments: