Sunday, August 31, 2014

Kayuhan Hijau Gunung Senyum - Perpustakaan Desa Teluk Sentang

 1. Tempat singgahan seterusnya adalah Perpustakaan Desa Teluk Sentang. Untuk menjayakan pengisian Kayuhan Hijau, peserta perlu disalurkan ilmu-ilmu tentang kesedaran alam sekitar. Perpustakaan boleh digunakan bagi mendapatkan ilmu-ilmu tersebut.
 2. Berhampiran Perpustakaan Desa Teluk Sentang ini ada sebuah pentas yang sering digunakan oleh penduduk kampung untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan mereka. Antara pengisian lain yang boleh dijalankan adalah kempen kebersihan seperti mengutip sampah.
 3. Singahan d Perpustakaan Desa Teluk Sentang ini adalah bagi menyemai bibit-bibit membaca dikalangan anak-anak muda yang menyertai Kayuhan Hijau Gunung Senyum.
4. Bukan senang untuk membina minat membaca. Minat membaca amat susah diterapkan apabila pemimpin sendiri tidak membaca. bagi menyiapkan anak-anak muda fixie bagi menjadi pemimpin masa akan datang, mereka perlu diterapkan minat membaca. Minat membaca dikaitkan dangan minat ilmu. Kalau pemimpin tidak minat membaca pemimpin tiada ilmu. Membaca disini bermaksud membaca buku.

Sunday, August 24, 2014

 1. Hentian yang pertama adalah di jambatan. Ini adalah kumpulan yang pertama sampai.
 2. Ini pula adalah kumpulan yang kedua sampai di jambatan.
 3. Manakala ini pula adalah kumpulan yang ketiga sampai di jambatan.
4. kayuhan Hijau Gunung Senyum ini telah mendapat bantuan pengiring bermotosikal dan berkereta.

Sunday, August 17, 2014

Kayuhan Hijau Gunung Senyum - berkumpul

 1. Seperti yang ditunggu-tunggu, akhirnya sampailah hari berlangsungnya Kayuhan Hijau Gunung Senyum iaitu 26 November 2011 (Sabtu). Pengayuh Fixie adalah sebahagian dari jumlah peserta yang menyertai Kayuhan Hijau Gunung Senyum. Kayuhan ini adalah cara Semantan MTB menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia yang telah bermula pada tahun 1972. Hari Alam Sekitar Sedunia kini semakin berkembang sehingga menjadi salah satu acara oleh Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membangkitkan kesedaran orang ramai di seluruh dunia mengenai alam sekitar. Semantan MTB yang menjadi penganjur Kayuhan Hijau gunung Senyum turut serta mahu memberikan kesedaran kepada komuniti pengayuh basikal di Temerloh.
 2. Turut menambah kemeriahan Kayuhan Hijau Gunung Senyum ini adalah peserta dari Jerantut dan Kuantan.
 3. Topi keledar basikal adalah barang yang menjadi kemestia kepada pengayuh basikal mountain bike (MTB). Tetapi bagi pengayuh basikal fixie pula topi keledar basikal bukan menjadi sebahagian dari imej pengayuh basikal fixie.
 4. Selain topi keledar, brek juga menjadi perkara kemestian kepada pengayuh basikal mountain bike. Tetapi bagi pengayuh fixie brek bukan perkara yang menjadi kewajipan. Kalau pun ada yang memasang brek, cukup dengan brek depan sahaja.
 5. Kita semua kena faham bahawa basikal fixie dan merempit dengan motosikal adalah sebahagian dari cara hidup anak-anak muda zaman ini. Kita tidak boleh menghalang mereka merempit dengan motosikal. Kerana mereka akan tetap merempit. Begitu juga kita tidak boleh menghalang mereka merempit dengan basikal yang tak ada brek kerana itulah kegilaan anak-anak muda sekarang.
 6. Kalau kita halang mereka, mereka akan menjauhkan diri dari kita dan akhirnya mereka hanyut dalam dunia fixie mereka sendiri akhirnya nasihat kita tiada makna. Apa yang boleh kita lakukan adalah buatkan program untuk mengumpul mereka. Dalam program-program tersebut bolehlah kita selitkan serba sedikit panduan dan pegangan yang hendak kita terapkan dalam jatidiri mereka.
 7. Kita perlu berusaha untuk sediakan program untuk mereka. Mereka yang mengayuh fixie pada hari ini ada kemungkinan adalah pemimpin anak-cucu kita pada masa depan. Kita berikan mereka pelbagai peluang yang terbaik bagi menyiapkan mereka untuk menjadi pemimpin masa depan. Selebihnya marilah kita sama-sama berdoa supaya kita berjaya membimbing mereka dan mereka mahu mendengar nasihat kita.
 8. Mungkin ada yang masih tertanya-tanya, apakah sebenarnya Kayuhan Hijau. Apakah matlamat Kayuhan Hijau dan apakan objektif Kayuhan Hijau serta kenapa warna hijau?
 9. Secara mudahnya Hijau bermakna warna alam sekitar. Melalui Kayuhan Hijau ini kita mahu menanam rasa cinta anak-anak muda kepada kehijauan alam sekitar yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita semua untuk dinikmati. Kita mahu alam sekitar kita bersih dan bebas dari pelbagai pencemaran. Malahan berbasikal sendiri adalah aktiviti yang mesra alam sekitar. Kerana kita menggunakan kenderaan yang tidak menggunakan minyak petrol. Sedikit sebanyak kita boleh menjimatkan penggunaan petrol yang juga mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar. Supaya anak-cucu kita berpeluang menghirup udara segar lebih lama.
10. Mungkin sumbangan pengayuh basikal mountain bike dan fixie seramai 30 orang ini amat kecil tetapi tidak rugi kita menjalankan program mendidik anak-anak muda supaya cintakan kehijauan alam sekitar. Pada masa-masa akan datang diharap akan ada lebih ramai pihak yang sukarela memberikan sokongan dan bantuan kepada Semantan MTB untuk aktiviti seterusnya.

Sunday, August 10, 2014

Kayuhan Gunung Senyum (11) Rodong

Inilah rodong yang mengayuh dari Temerloh sampai ke Gunung Senyum.
05
04
03
02
01

Sunday, August 3, 2014

Kayuhan Gunung Senyum (10) Penaluka Khursani

Saudara badrul hisham ni dah mengayuh bermula tahun 1992, sekarang ni dah hampir 20 tahun mengayuh. Bermula dengan basikal MTB besi, basikal MTB cromoly dan sampai sekarang basikal MTB aloi. Selama ni dah membeli sebanyak 7 buah basikal. Sekarang bercita-cita nak beli basikal yang terbaik yang mampu di beli, kalau boleh nak beli MTB Cannondale tapi belum cukup berani menghabiskan sampai 3 atau 4 ribu ringgit untuk sebuah basikal.
10
Saudara badrul hisham ini boleh di kategorikan sebagai orang minat mengayuh (bukan minat basikal). Tak jadi masalah bagi beliau mengayuh basikal besi atau basikal aloi murah. Yang penting kayuh. Bagi sesetengah orang yang penting adalah basikal yang mahal sampai ribu-ribu-ribu harganya. Tapi badrul tak kisah. Pasal dia minat mengayuh basikal bukan minat basikal.
09
Kerap kali orang bertanya," lama sangat koi nengok awok ngayuh tapi ngapa tak kurus-kurus". Jawab badrul "kira kurus lan ni. yang penting koi tak bertambah gemuk ... maintain ... pasal koi ngayuh la. kalau koi tak ngayuh dah lama koi bertambah gemok. ni kira kurus la ni". Tapi apapun ... orang kurus ke , orang gemuk ke ... yang penting sihat. Sentiasa bersenam. Ada hobi yang boleh mengeluarkan peluh.
08
Selama ni dah banyak tempat mengayuh. kebanyakannya bersama abang nizam perpustakaan dan cik zainal risda. Tempat yang pernah sampai dengan mengayuh adalah:
1. Gunung Senyum, bermula masa zaman jalan ke gunung senyum masih batu kawi.
2. Rumah rehat Jerantut
3. Bandar Jengka
4. Felda Lurah Bilut
5. Kampung Pandan, Kuantan
6. Rantau Abang, Kuala Terengganu.
7. Bukit Rengit, Lanchang
8. Kampung Perlok Raub.
9. Tasik Bera
07
Kalau orang yang kuat akan berbangga dengan berapa cepat dan pantasnya mereka boleh sampai ke satu-satu tempat. Tapi bagi orang macam badrul, yang penting adalah sampai. Nak kayuh laju-laju tak larat. Kayuh perlahan-lahan sambil melihat kawasan yang dilalui.

Pernah di satu kampung di bentung, kami ditahan oleh orang kampung dan ajak kami panjat pokok buah. Panjatlah. pas tu mereka bagi kami satu guni buah-buah. Terhayung-hayang cik zainal risda mengusung seguni buah-buahan pemberian orang. Sepanjang jalan kerja kami bersedekah buah-buah tersebut kepada orang-orang yang kami temui sepanjang jalan.

Sebenarnya masa muda-muda kami tiap-tiap tahu kayuh ke gunung senyum. Ada satu ketika tu, semasa kayuh ke gunung senyum, tak ingat tahunnya. Kami kena kejar dek lembu. Ada seorang yang nama Pok Din tak sempat nak pecut laju-laju. Dia tinggalkan basikal dan terus panjat pokok.
06
Pada hari Kayuhan Gunung Senyum ni badrul mengayuh bersama abang nizam. Ada kumpulan mengayuh dari kuantan, jerantau dan temerloh. Tapi mereka semua kayuh laju-laju, kami berdua perlahan aja, janji sampai. Pada hari ini kami telah mengayuh sejauh 85km. Kami pergi naik jambatan temerloh dan kami balik naik jambatan kuala krau.
05
Sepanjang perjalanan balik kami sempat melihat kesibukan orang berkempen untuk PRK Kerdau. Terima kasih kepada orang-orang ditepi jalan yang memberikan sokongan kepada kami untuk menamatkan kayuh gunung senyum kami sejauh 85 km.
04
Kebiasaannya badrul akan mengayuh dalam kumpulan yeng kecil. Antara tiga orang hingga lima orang sahaja. Antara sebabnya adalah susah nak cari rakan mengayuh yang mahu mengayuh seiring dalam satu kumpulan. lagi satu, kalau ada yang tak larat, boleh lah kami tompang lori pickup kecil, cukup untuk lima orang. Kami pernah nompang lori batang getah, lori tong gas, lori kontraktor buat jalan dan lori tokey cina cari madu lebah.
03
Pesanan badrul pada orang yang baru nak minat mengayuh:
1. Tentukan adakah anda minat mengayuh atau minat basikal. Kalau minat mengayuh, beli apa-apa je dulu basikal dan terus ngayuh. Cari kumpulan yang suka cerita pasal mengayuh bukan cerita pasal basikal dia yang mahal.
2. Tentukan anda nak kayuh sampai bila. Kalau nak kayuh sampai tua, marilah kayuh dengan kami. basikal tak perlu mahal, tapi minat ngayuh.
02
Apakah kebaikan yang didapati melalui mangayuh basikal?
1. Ada orang yang kuat mental tetapi fizikal tak kuat.
2. Ada orang yang kuat fizikal tetapi mental tak kuat.
3. Ada orang yang kuat mental dan kuat fizikal.
Mengayuh basikal telah menjadikan saya kuat mental dan kuat fizikal.

Apa tu kuat mental dan kuat fizikal?
Mengayuh sejauh 85 km kalau tak kuat mental dan tentu mintak kereta iring kat belakang. Bila tak daya boleh naik kereta. Mengayuh sejauh 85 km kalau tak kuat fizikal tentu tak sampai balik kerumah.
01
Apa kata isteri jika badrul sibuk mengayuh?
Mak (belum kawin) saya tak kisah. Lagipun aktiviti mengayuh masikal bukan kerja jahat. Mungkin orang kata kerja bahaya. Tapi itu semua tak jadi hal. Saya dah banyak kali jatuh. Patah cermin mata. Pecah topi keleda. Koyak baju dan seluar. Sakit badan jangan nak cerita. Tapi dengan izin Allah SWT semuanya tu menjadikan saya makin cekap mengenali tanda-tanda bahaya. makin tabah. Tapi semua tu mungkin hanya sesuai untuk orang macam saya dan abang nizam aja. Jangan kat mesti sesuai untuk orang lain.

Akhir sekali, kalau nak mengayuh JANGAN MEROKOK.