1. Seperti yang ditunggu-tunggu, akhirnya sampailah hari berlangsungnya
Kayuhan Hijau Gunung Senyum iaitu 26 November 2011 (Sabtu). Pengayuh
Fixie adalah sebahagian dari jumlah peserta yang menyertai Kayuhan Hijau
Gunung Senyum. Kayuhan ini adalah cara Semantan MTB menyambut Hari Alam
Sekitar Sedunia yang telah bermula pada tahun 1972. Hari Alam Sekitar
Sedunia kini semakin berkembang sehingga menjadi salah satu acara oleh
Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membangkitkan kesedaran orang ramai di
seluruh dunia mengenai alam sekitar. Semantan MTB yang menjadi penganjur
Kayuhan Hijau gunung Senyum turut serta mahu memberikan kesedaran
kepada komuniti pengayuh basikal di Temerloh.
2. Turut menambah kemeriahan Kayuhan Hijau Gunung Senyum ini adalah peserta dari Jerantut dan Kuantan.
3. Topi keledar basikal adalah barang yang menjadi kemestia kepada
pengayuh basikal mountain bike (MTB). Tetapi bagi pengayuh basikal fixie
pula topi keledar basikal bukan menjadi sebahagian dari imej pengayuh
basikal fixie.
4. Selain topi keledar, brek juga menjadi perkara kemestian kepada
pengayuh basikal mountain bike. Tetapi bagi pengayuh fixie brek bukan
perkara yang menjadi kewajipan. Kalau pun ada yang memasang brek, cukup
dengan brek depan sahaja.
5. Kita semua kena faham bahawa basikal fixie dan merempit dengan
motosikal adalah sebahagian dari cara hidup anak-anak muda zaman ini.
Kita tidak boleh menghalang mereka merempit dengan motosikal. Kerana
mereka akan tetap merempit. Begitu juga kita tidak boleh menghalang
mereka merempit dengan basikal yang tak ada brek kerana itulah kegilaan
anak-anak muda sekarang.
6. Kalau kita halang mereka, mereka akan menjauhkan diri dari kita dan
akhirnya mereka hanyut dalam dunia fixie mereka sendiri akhirnya nasihat
kita tiada makna. Apa yang boleh kita lakukan adalah buatkan program
untuk mengumpul mereka. Dalam program-program tersebut bolehlah kita
selitkan serba sedikit panduan dan pegangan yang hendak kita terapkan
dalam jatidiri mereka.
7. Kita perlu berusaha untuk sediakan program untuk mereka. Mereka yang
mengayuh fixie pada hari ini ada kemungkinan adalah pemimpin anak-cucu
kita pada masa depan. Kita berikan mereka pelbagai peluang yang terbaik
bagi menyiapkan mereka untuk menjadi pemimpin masa depan. Selebihnya
marilah kita sama-sama berdoa supaya kita berjaya membimbing mereka dan
mereka mahu mendengar nasihat kita.
8. Mungkin ada yang masih tertanya-tanya, apakah sebenarnya Kayuhan
Hijau. Apakah matlamat Kayuhan Hijau dan apakan objektif Kayuhan Hijau
serta kenapa warna hijau?
9. Secara mudahnya Hijau bermakna warna alam sekitar. Melalui Kayuhan
Hijau ini kita mahu menanam rasa cinta anak-anak muda kepada kehijauan
alam sekitar yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita semua
untuk dinikmati. Kita mahu alam sekitar kita bersih dan bebas dari
pelbagai pencemaran. Malahan berbasikal sendiri adalah aktiviti yang
mesra alam sekitar.
Kerana kita menggunakan kenderaan yang tidak menggunakan minyak petrol.
Sedikit sebanyak kita boleh menjimatkan penggunaan petrol yang juga
mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar. Supaya anak-cucu kita
berpeluang menghirup udara segar lebih lama.
10. Mungkin sumbangan pengayuh basikal mountain bike dan fixie seramai
30 orang ini amat kecil tetapi tidak rugi kita menjalankan program
mendidik anak-anak muda supaya cintakan kehijauan alam sekitar. Pada
masa-masa akan datang diharap akan ada lebih ramai pihak yang sukarela
memberikan sokongan dan bantuan kepada Semantan MTB untuk aktiviti
seterusnya.
No comments:
Post a Comment