1. Tempat singgahan seterusnya adalah Perpustakaan Desa Teluk Sentang.
Untuk menjayakan pengisian Kayuhan Hijau, peserta perlu disalurkan
ilmu-ilmu tentang kesedaran alam sekitar. Perpustakaan boleh digunakan
bagi mendapatkan ilmu-ilmu tersebut.
2. Berhampiran Perpustakaan Desa Teluk Sentang ini ada sebuah pentas
yang sering digunakan oleh penduduk kampung untuk menjalankan pelbagai
aktiviti kemasyarakatan mereka. Antara pengisian lain yang boleh
dijalankan adalah kempen kebersihan seperti mengutip sampah.
3. Singahan d Perpustakaan Desa Teluk Sentang ini adalah bagi menyemai
bibit-bibit membaca dikalangan anak-anak muda yang menyertai Kayuhan
Hijau Gunung Senyum.
4. Bukan senang untuk membina minat membaca. Minat membaca amat susah
diterapkan apabila pemimpin sendiri tidak membaca. bagi menyiapkan
anak-anak muda fixie bagi menjadi pemimpin masa akan datang, mereka
perlu diterapkan minat membaca. Minat membaca dikaitkan dangan minat
ilmu. Kalau pemimpin tidak minat membaca pemimpin tiada ilmu. Membaca
disini bermaksud membaca buku.
No comments:
Post a Comment