1. Ini adalah peserta yang terakhir sampai dengan basikal Jamis Durango 1.
2. Ini juga peserta yang terakhir sampai dengan basikal Cannondale
F3000SL. Basikal ini masih mampu membawa tuannya 40km perjalanan pergi
dan 40kma lagi perjalanan balik.
3. Bercerita dengan kakitangan Pejabat Hutan Temerloh yang bertugas
menjaga Gunung Senyum. beliau telah bertugas selama 11 tahun menjaga
Gunung Senyum. Sesiapa yang yang hendak memanjat Gunung Senyum perlu
mendapat izin dari Penunggu Gunung Senyum.
4. Terkejut juga saudara Faiz apabila mendengar ada Penunggu Gunung
Senyum. Sebenarnya petugas Pejabat Hutan inilah penunggu di Gunung
Senyum ini. Macam-macam cerita telah dikutip oleh kakitangan yang telah
menjadi Penunggu Gunung Senyum selama 11 tahun. Bermula dengan jalan
batu kawi dan pejabat lama, sampai kepada jalan tar dan pejabat sekarang
yang dibina pada tahun 1992.
5. Menggunakan basikal pinjam jenama Marine. Mohd Faiz b Sofian
Penolong. Pengarah Bahagian Elektrikal di Jabatan Bekalan Air (JBA)
Kuantan. Basikal asal beliau berjenama Raleigh. Kayuhan Hijau Gunung Senyum ini adalah kayuhan yang paling jauh pernah disertai oleh saudara Faiz iaitu 40 km.
No comments:
Post a Comment