Sunday, September 28, 2014

Tujuan mengadakan aktiviti mengayuh ke Gunung Senyum adalah untuk kayuh basikal ke Gunung Senyum. Bukan nak panjat gunung senyum. Kalau nak panjat gunung senyum, kenalah pergi dengan kenderaan selain dari basikal. Jangan hairan bila tiada aktiviti panjat gunung dalam pengisian aktiviti Kayuhan Hijau Gunung Senyum. Pada peringkat ini cukuplah dengan melihat links orang lain yang berkesempatan panjat gunung. Lain kali kita minta Abah buatkan program kayuhan dan bermalam di Gunung Senyum. Baru ada kesempatan dan lebihan tenaga untuk panjat gunung senyum. Pada kali ini kita cuma tengok gunung dan senyum.


1. akubye.wordpress.com (ekspedisi-gunung-senyum)
 2. hazaldn.com (gunung-senyum-recreational-forest-temerloh)
 3. mymountaingoal.com (foto_cave_senyum)
 4. sakmongkol.blogspot.com (gunung-senyum-monopoly-capital)
 5. cavingliz.multiply.com (Gunung_Senyum_caves)
 6. livehealthyactive.blogspot.com (pendaki-meninggal-dunia-di-gunung-senyum)
 7. mrsmfelda.edu.my (ekpedisi-gunung-senyum)
8. allmalaysia.info (trouble-for-gunung-senyum-caves)

Sunday, September 21, 2014

Kayuhan Hijau Gunung Senyum - ikan patin

 1. Setelah sampai peserta Kayuhan Hijau Gunung Senyum telah di jamu dengan nasi bungkus. Tidak perlu berebut-rebut kerana semuanya cukup.
 2. Lauk pada kali ini adalah Gulai Ikan Patin Temerloh. Makan untuk peserta Kayuhan Hijau Gunung Senyum ini adalah tajaan Abah. Ikan patin ini datangnya dari Sangkar Ikan Patin Abah di Pangsanam. Gulai patin ini adalah resepi istimewa dari Abah juga.
 3. Masing-masing dan tak sabar nak menikmati nasi dan lauk ikan patin masakan Abah.
 4. Kami makan tak banyak walaupun dah mengayuh 40 km. Cukup sebungkus nasi dan sebungkus ikan patin. Tenaga yang dibekalkan oleh ikan patin Abah ini cukup buat saudara Badrul untuk mengayuh 40km lagi untuk balik ke Temerloh.
 5. Rasa masakan patin ini sungguh berlainan dari masakan di restoran patin di Temerloh. Dibandingkan dengan masakan patin di tepi sungai Temerloh, di Bukit Angin Temerloh atau di Batu Satu Temerloh ... yang Abah buat paling patin paling sedap. Tak ada langsung rasa sangkar. Mungkin sempurna basuhannya dengan limau nipis dan tepat sukatan bahannya.
Kalau ada rezeki yang lebih bolehlah Abah buat Kayuhan Hijau ke Sangkar Patin.
6. Bila dan makan tibalah masa untuk berihat sebelum mandi dan solat. Semua kemudah tu ada disediakan di Gunung Senyum ini. Maksudnya ada betul tandas dan suraunya. Bukan mandi dan solat dalam Gunung Senyum. Marah Penunggu Gunung Senyum.

Sunday, September 14, 2014

Kayuhan Hijau Gunung Senyum - sampai

 1. Ini adalah peserta yang terakhir sampai dengan basikal Jamis Durango 1.
 2. Ini juga peserta yang terakhir sampai dengan basikal Cannondale F3000SL. Basikal ini masih mampu membawa tuannya 40km perjalanan pergi dan 40kma lagi perjalanan balik.
 3. Bercerita dengan kakitangan Pejabat Hutan Temerloh yang bertugas menjaga Gunung Senyum. beliau telah bertugas selama 11 tahun menjaga Gunung Senyum. Sesiapa yang yang hendak memanjat Gunung Senyum perlu mendapat izin dari Penunggu Gunung Senyum.
 4. Terkejut juga saudara Faiz apabila mendengar ada Penunggu Gunung Senyum. Sebenarnya petugas Pejabat Hutan inilah penunggu di Gunung Senyum ini. Macam-macam cerita telah dikutip oleh kakitangan yang telah menjadi Penunggu Gunung Senyum selama 11 tahun. Bermula dengan jalan batu kawi dan pejabat lama, sampai kepada jalan tar dan pejabat sekarang yang dibina pada tahun 1992.
5. Menggunakan basikal pinjam jenama Marine. Mohd Faiz b Sofian Penolong. Pengarah Bahagian Elektrikal di Jabatan Bekalan Air (JBA) Kuantan. Basikal asal beliau berjenama Raleigh. Kayuhan Hijau Gunung Senyum ini adalah kayuhan yang paling jauh pernah disertai oleh saudara Faiz iaitu 40 km.

Sunday, September 7, 2014

Kayuhan Hijau Gunung Senyum - Batu Sawar

 1. Seterusnya kembara Kayuhan Hijau ke Gunung Senyum telah sampai ke Perpustakaan Desa Batu Sawar. Ini adalah perpustakaan yang ketiga yang adal dalam laluan ke Gunung Senyum (Perpustakaan Desa Bintang, Teluk Sentang dan Batu Sawar)
2. Kononnya mengikut dongeng orang Melayu, Sang Kelembai merupakan makhluk yang tinggal di dalam hutan jauh dari penempatan manusia. Sang Kelembai dikatakan memiliki ‘kuasa sakti’ yang boleh menyebabkan apa yang ditegurnya akan bertukar menjadi batu.

Patu suatu ketika, Sang Kelembai dipercayai telah lalu di Sungai Pahang dan terlihat sebuah sawar, iaitu alat tangkapan ikan di tengah sungai. Sang Kelembai yang merasakan sawar tersebut mengganggu laluannya lalu menyumpah sawar tersebut. Akibatnya, sawar itu bertukar menjadi batu. Nama Kampung Batu Sawar diambil bersempena batu sawar ini. Pengunjung boleh datang dan melihat sendiri batu sawar ketika air sungai surut.
Harap-harap kita tak terserempak dengan Sang Kelembai semasa mengayuh. Kalau masih was-was bacalah " Doa masuk dan keluar tandas Sebagai Pendinding Semasa Mengayuh Basikal "