Saturday, September 13, 2008

Berbasikal: Bentong - Kuantan 13 (24hb-10pg)

Kemas Pahang:
JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008
10.00 pagi - 24.08.2008

Catatan 13:
Gambar 1, 2 dan 3 adalah gambar semasa di hentian terakhir sebelum sampai ke pekan Chenor. Gambar no 4 dan 5 adalah gambar setelah sampai di pekan Chenor. Untuk sampai disini peserta perlu menaiki jambatan Chenor yang besar dan hebat. Sayangnya saya terlupa nak ambil gambar. Maklumlah nak kayuh lagi, nak ambil gambar lagi ... kayuh lah yang lebih penting. Yang paling melucukan, ada sebuah basikal yang tercabut tempat duduk. Punya la seronoknya kayuh naik jambatan Chenor, sampai tempat duduk tercabut. Tinggal besi tempat duduk saja kalau ....

Sebaik sahaja sampai di pekan Chenor, sebuah basikal telah bocor terkena kaca. Nasik baik dah ada bawa tiub kecemasan. Sebab itu kita kena selalu periksa basikat setiap kali berhenti. Adakalanya kita tidak perasan ada kaca pada tayar kerana angi berkurangan secara perlahan.

Ambulan Pejabat Kesihatan Daerah Bera hanya mengiringi kami sampai disini sahaja. Namun begitu ambulan JPA3 Temerloh akan setia mengiringi kami sampai ke Kuantan.

Kalau ada mereka yang ingin kongsi cerita dan pengalaman mereka, klik pada 'comment'.

1
2
3
4
5

No comments: