Sunday, September 21, 2008

Berbasikal: Bentong - Kuantan TAMAT

Setakat ini sahaja gambar-gambar yang dirakam semasa Jelajah Berbasikal Merdeka 2008. Gambar ini telah dimasukan secara berperingkat-peringkat. Kepada kawan-kawan yang sentiasa mengikuti perkembangan blog kemaspahang.blogspot.com saya ucapkan terima kasih. Kini dimaklumkan bahawa Catatan 30 adalah koleksi gambar Jelajah Berbasikal Merdekaan 2008 yang terakhir.

Kepada ahli Pasukan Berbasikal Kemas Pahang yang inginkan gambar mereka bolehlah diambil secara percuma sahaja. Kalan nak cuci boleh hantar ke kedai gambar dan mintak dicuci saiz 3R. Jika ada yang ingin menggunakan gambar ini untuk apa-apa tujuan yang murni, jangan lupa nyatakan sumbernya. Kalau boleh nyatakan dalam 'comment' nombor gambar yang diambil.

Disini saya ingin nyatakan terima kasih Pengarah Kemas Pahang, Tuan Haji Nik Man bin Nik Ya. Terima kasih semua kakitangan Kemas Pahang. Terima Kasih kakitangan Kemas Kelantan. Terima kasih TUDM Kuantan. Terima kasih Persatuan Lumba Basikal Pahang. Terima kasih kerana telah sama-sama berkayuh, berbasikal dan berkenalan. Terima kasih juga kepada semula pihak yang terlibat yang saya tidak nyatakan dan yang saya tidak tahu.

Sekian Terima Kasih

No comments: