Saturday, September 13, 2008

Berbasikal: Bentong - Kuantan 02 (23hb-07pg)

Kemas Pahang:
JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008
7.00 pagi - 23hb. Ogos 2008

Catatan 02:
Peserta sedang memanaskan badan sebelum memulakan acara berkayuh basikal. Ramai penduduk Kampung Gajah Simpang Pelangai yang seronok dan tak sabar-sabar untuk melihat peserta memulakan kayuhan. Peserta nampak garang dan bersemangat untuk menunjukkan kemampuan mental dan fizikal masing-masing kepada Pengarah Kemas Pahang, Tuan Haji Nik Man bin Nik Ya.

Sama-sama kita saksikan kemampuan kakitangan Kemas Pahang dan Pengarah Kemas Pahang dalam Jelajah Berbasikal Berbasikal Merdeka 2008.

Kalau ada mereka yang ingin kongsi cerita dan pengalaman mereka, klik pada 'comment'.



1

2

3

4

5

Info Basikal:
Basikal (atau kata P. Ramli, kuda besi) yang digunakan oleh peserta adalah basikal 'Mountain Bike'. Basikal ini mempunyai tayar yang besar bersaiz 26 inci. Basikal yang mempunyai tayar yang kecil dan bersaiz 27 inci adalah basikal lumba. Basikal yang mempunyai tayar besar tetapi saiz 20 inci sahaja adalah basikal BMX.

Basikal 'Mountain Bike' terbahgi kepada beberapa jenis pula. Ada yang mempunyai 'spring' kat sepit udang sahaja. Ada pula yang ada 'spring' kat sepit udang dan bawah tempat duduk. Tetapi ada juga yang tak ada 'spring'. Semua basikal tersebut mempunyai fungsi yang berbeza.

Kalau nak beli basikal, yang pentingnya kita perlu tentukan nak guna untuk apa? Baru kita boleh tentukan nak beli jenis full susp ke, hardtail ke, softtail ke. Kalau nak bergaya, kena beli yang paling mahal, baru nampak gaya. Kalau nak keliling rumah beli yang paling murah. Kalau nak jaga kesihatan, kena mengayuh berjadual. Kalau nak jadi pelumba, kena ada jurulatih.

Link: jenis-jenis basikal 'Mountain Bike' (MTB)
flickr.com - 2008 Eastern MTB Mail Catalogue

No comments: