Saturday, September 13, 2008

Berbasikal: Bentong - Kuantan 30 (25hb-04pt)

Kemas Pahang:
JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008
4.00 petang- 25hb. Ogos 2008

Catatan 30:
Alhamdulilah. Akhirnya Pasukan Berbasikal Kemas Pahang telah berjaya menamatkan Jelajah Berbasikal Merdeka 2008 dari Bentong ke Kuantan. Pasukan Berbasikal Kemas Pahang menerima sambutan yang amat meriah oleh penduduk Kampung Pandan Kuantan. Penduduk kampung telah berbaris di kiri kanan jalan ketika Pasukan Berbasikal Kemas Pahang sampai.

Semasa melalui barisan-barisan yang menyambut terbayang, ada yang berkayuh dari Kampung Gajah Bentong ke Kampung Pandan Kuantan. Ada yang bergilir-gilir berkayuh basikal. Ada juga yang muncul di saat-saat akhir. Ada yang belum puas berkayuh basikal. Ada yang sudah serik berkayuh basikal. Tetapi yang lebih penting, kami semua ada disini untuk sama-sama menamatkan dengan jayanya Jelajah Berbasikal Merdeka 2008 anjuran Kemas Pahang.

Sebaik sahaja Pasukan Berbasikal Kemas Pahang memijakkan kaki ke tanah di Kampung Pandan Kuantan, maka hujan rahmat pun turun. Saya rasa sungguh terharu, kerana dengan izin Allah SWT hujan turun setelah semua peserta selamat sampai. Hujan turun dengan lebatnya. Majlis diteruskan dalam suasana hujan rahmat mencurah-curah.

Nama semua peserta telah dipanggil seorang demi seorang untuk menerima sijil. Hujan yang turun tidak terasa sebagai halangan. Sebaik sahaja acara tamat, dengan izin Allah SWT hujan berhenti. Kami pun bersiap-siap untuk kembali kerumah masing-masing.

Kalau ada mereka yang ingin kongsi cerita dan pengalaman mereka, klik pada 'comment'.

1
2
3
4
5 6 7 8







No comments: