Saturday, September 13, 2008

Berbasikal: Bentong - Kuantan 18 (24hb-04pt)

Kemas Pahang:
JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008
4.00 petang - 24.08.2008

Catatan 18:
Sebaik sahaja semua pengayuh basikal sampai, kami terus di hidangkan dengan persembahan pasukan tomoi. Hebat juga masyarakat di Felda bukit Tajau. Katanya mereka baru balik dari menyertai pertandingan tomoi di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera.

Rupa-rupanya Y.B. Adun Luit berkesempatan untuk menyambut ketibaan pasukan berbasikal Kemas Pahang. Dalam situasi sekarang dimana semua Y.B .sibuk di Permatang Pauh, rupa-rupanya ada lagi seorang YB yang sudi menunggu ketibaan pasukan Berbasikal Kemas Pahang.

Selepas ucapan Y.B. Dato’ Hj Ahmad Munawar Abdul Jalil, peserta telah diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing.

Kalau ada mereka yang ingin kongsi cerita dan pengalaman mereka, klik pada 'comment'.

1
2
3
4
5
6 7 8

No comments: