Sunday, April 20, 2014

Kayuhan Patin Bandar Temerloh (2)

 (1) Kayuhan Patin Bandar Temerloh ini kurang mendapat penyertaan dari seluruh Pahang kerana 'berlaga' dengan tarikh Kayuhan Bandar Kuantan. pengayuh kuantan dan bandar sekitarnya akan bertumpu ke Kayuhan Bandar Kuantan. manakala pengayuh yang berada disekitar bandar Temerloh akan bertumpu ke Kayuhan Patin Bandar Temerloh.
 (2) Program Kayuhan Patin Bandar Temerloh ini diuruskan oleh pasukan Sinar Harian Pahang. Untuk menyertainya peserta perlu membuat bayaran sebanyak RM30.00 seorang. Dapat sehelai baju T, dapat makan nasi lauk daging (bukan patin), dapat cabutan bertuah (ramai yang bertuah), dapat masuk sukanika dan akhir sekali dapat bergambar dengan dua ekor ikan patin (ikan betul).
 (3) Kayuhan Patin Bandar Temerloh mendapat penyertaan dari kaum wanita juga. Jangan kata wanita tak kuat kayuh basikal, ada yang kuat boleh mengalahkan orang lelaki semasa atas basikal.
(4) Lagi gambar Kayuhan Patin Bandar Temerloh DISINI [atokmtb.blogspot.com/2011/10/tok-meriahkan-kayuhan-bandar-patin.html]

Sunday, April 13, 2014

Kayuhan Patin Bandar Temerloh (1)

 (1) Sempena kayuhan Patin Bandar Temerloh telah diadakan sesi menanam pokok bagi menghijaukan lagi dandar Temerloh.
 (2) Aktiviti kayuhan basikal adalah aktiviti 'cinta alam' dan 'aktiviti mesra alam' sudah tentu perlu dikaitkan dengan aktiviti menanam pokok yang juga aktiviti 'cinta alam' dan 'aktiviti mesra alam'.
 (3) Kalau kita biarkan bumi Temerloh dengan segala macam pembangunan dengan menaman lebih banyak batu-batu, besi-besi dan kayu papan ... tentu kita akan menyesal 10 atau 20 tahun akan datang.
 (4) Kita mungkin tidak bersedia untuk mengejar jejak Netherlands dalam menjaga alam sekitar. Mereka ada 'town planning' bagi mencapai objektif 'Increase non-motorised mobility Reduce car mobility'. bagi negara Netherland, hampir 12 juta daripada 14 juta penduduk mereka mempunyai basikal.
 (5) Matlamat utala mereka dalam 'traffic planning' adalah mengurangkan penggunan kereta. Untuk mencapat tujuan tersebut mereka telah bermula pada tahun 1970an dengan melancarkan 'Traffic and Transport Structure Scheme'. Seterusnya merekal telah menjalankan 'Programme for Personal Transport - to providing better facilities for cyclists' pada tahun 1980 hingga 1984.

Sunday, April 6, 2014

Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)

Tarikh 23 April telah dipilih sebagai hari Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia. Tarikh ini telah dipilih oleh Pertubuhan Pendidikan, Sainstifik dan Kebudayaan - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.. Ianya adalah bertujuan untuk memertabatkan buku sebagai sumber pengatahuan. Dalam era teknologi yang semakin maju, buku perlu diletakkan ditempat yang sewajarnya supaya terus bersesuaian dengan era ini.

Untuk menyokong sambutan ini, program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) akan diadakan di seluruh Malaysia bersama Perpustakaan Awam Negeri-Negeri Se-Malaysia.

Program ini adalah pengisian program gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun. Usaha berterusan ini adalah bagi membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.

Kesemua perpustakaan awam negeri bersetuju untuk melaksanakan JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama. Tarikh 22 April 2014 jam 10.00 hingga 10.10 pagi telah dipilih sebagai tarikh dan waktunya.

Konsep JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diilhamkan daripada sambutan Earth Hour.

Melalui program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) semua peserta tanpa mengira apa jua latarbelakang, pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan akan sama-sama  berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Pelaksanaan program  JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diharapkan dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dengan keperluan masyarakat.

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) merupakan  inisiatif membaca di perpustakaan awam negeri bersama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).

Usaha ini akan dijalankan dengan sokongan sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA/IPTS, Jabatan kerajaan, NGO dan individu yang berminat.

MARILAH KITA MEMBACA SERENTAK PADA:
Tarikh: 22 April 2014
Hari: Selasa
Masa mula: 10.00 pagi
Masa tamat: 10.10 pagi
Tempoh masa: 10 minit.
Bahan bacaan: apa-apa bahan yang bermanafaat.
Tempat: Dimana-mana sahaja anda berada pada tarikh dan masa tersebut.

Tunjukkan minat kepada budaya membaca dengan menyertai JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES).

Kepada pembaca blog yang berminat menyokong JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) marilah kita membaca serentak bersama-sama seluruh negeri Pahang dan seluruh Malaysia pada 22 April 2014 - hari Selasa - bermula  jam 10.00 pagi - sampai 10.10 pagi - iaitu selama masa 10 minit sahaja.

Marilah bersama 1.2 juta seluruh Malaysia untuk menunjuk 'KITA SUKA ILMU, KITA SUKA MEMBACA' bagi mencipta rekod Membaca Se Malaysia.

Wednesday, December 18, 2013

Popular Posts 18.12.2013

  1. Kadang-kadang ada orang bertanya saya, "Nak beli basikal macam mana"?. Pada pendapat saya 'Orang Yang Minat Berbasikal' d...
  2. Kemas Pahang: JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008 5.00 petang - 24.08.2008 Catatan 19: Acara penyerahan keluarga angkat. Masing-masing keluarg...
  3. BlogMalaysia - a human edited web directory with Google PageRank 3 status - invites bloggers around Malaysia to submit and promote their b...
  4. Kemas Pahang: JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008 12.00 tengahari - 23.08.2008 Catatan 7: Kini pasukan jelajah berbasikal telah sampai di Lam...
  5. Kemas Pahang: JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008 3.00 petang - 25hb. Ogos 2008 Catatan 29: Jam telah masuk ke angka 3. Pasukan Berbasikal Kem...
  6. Kemas Pahang: JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008 10.00 pagi - 25hb. Ogos 2008 Catatan 25: Peserta singgah di Bandar Maran. Pelekat kemerdek...
  7. Kemas Pahang: JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008 4.00 petang - 25hb. Ogos 2008 Catatan 30: Alhamdulilah. Akhirnya Pasukan Berbasikal Kemas Pa...
  8. Kemas Pahang: JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008 10.00 malam - 22hb. Ogos. 2008 (Jumaat) Catatan 1: Pada malan ini di Surau Kampung Gajah Si...
  9. Kemas Pahang: JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008 8.00 malam - 24.08.2008 Catatan 21: Waktu makan malam. 1 2
  10. Kemas Pahang: JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008 7.00 pagi - 23hb. Ogos 2008 Catatan 02: Peserta sedang memanaskan badan sebelum memulakan a...

Wednesday, October 20, 2010

Minat berbasikal atau basikal

Kadang-kadang ada orang bertanya saya, "Nak beli basikal macam mana"?.

Pada pendapat saya 'Orang Yang Minat Berbasikal' dengan 'Orang Yang Minat Basikal' tidak sama.

'Orang Yang Minat Berbasikal' akan beli basikal yang paling mahal yang dia sanggup beli. Ada yang sanggup beli Colnago Dream 'secondhand' dengan harga RM4000. Ada juga yang sanggup bayan sampai RM8000 untuk Cannondale RZ One Twenty 4. Ada juga yang sanggup beli Girs G-Max ( France ) Full Carbon - Road - Time Trial - Critarium - Trithelon dengan harga RM16,800.0

Ini adalah cara 'Orang Yang Minat Basikal' menunjukkan minatnya.

Sementara 'Orang Yang Minat Berbasikal' pula tak kira apa jenis basikal yang dia dapat. Yang penting dapat berbasikal atau dapat mengayuh basikal. Dapat mengayuh basikal bermaksud dapat mengeluarkan peluh. Tetapi 'Orang Yang Minat Basikal' mengayuh untuk pertunjukan. Supaya orang tau betapa hebatnya basikal dia.

Saya kategori orang yang minat berbasikal. Kalau tanya saya berapa harga basikal saya ... malu sangat nak jawab. Tapi kalau ajak saya kayuh jauh-jauh ... saya tak malu jawab ... saya nak ikut juga.

Tapi saya tak sanggup pula kayuh jauh-jauh tapi redah hutan dan selut sampai comot basikal. Kalau saya yang comot saya sanggup, kalau basikal yang comot ... kesian dia. Dah la susah payah kumpul duit nak beli, pergi lanyak pula dalam selut.

Sekarang ni banyak ngayuh dengan anak.

Sunday, December 13, 2009

Lama Tak Tulis Lagi

Sebenarnya bukan tak ngayuh dah masa ni. Banyak program ngayuh dah dijalankan. Banyak gambar-gambar telah dirakamkan. Malah kayuh berbasikal BMX pun pernah dijalankan. Tak sangka pula bebudak ni sanggup kayuh BMX sampai 60 km.

Kalau ada masa dan kesempatan nak sangat saua upload gambar-gambar tersebut. Sayang kalau gambar-gambar tersebut disimpan dalam hard disk dan CD sahaja.

Saya berdoa semoga saya ada masa untuk upload gambar-gambar tersebut.

Friday, April 17, 2009

Lama Tak Tulis

Kemas Pahang telah sekali lagi mengadakan kembara berbasikal 2009. Kalau pada tahu 2008 telah bermula di bentong dan tamat di kuantan, pada kali ini telah bermula di Rompin dan tamat di Kuantan. Program tahun 2009 ini telah diadakan pada 9hb. April (Rompin) hingga 13hb April (Kuantan). Pada kali ini program ini dinamakan "Program Pemimpin Turun Ke Desa (Jelajah Berbasikal Antara Kampung GDW) 9 Hingga 13 April 2009 (Rompin - Pekan - Kuantan) ". Program Pemimpin Turun Ke Desa (Jelajah Berbasikal Antara Kampung GDW) 9 Hingga 13 April 2009 (Rompin - Pekan - Kuantan) anjuran Pejabat KEMAS Bahagian Operasi PKM Jalan Bukit Ubi Kuantan.

Pada kali ini saya tak berpeluang untuk turut serta berbasikal dengan Kemas Pahang. Tak ada gambar-gambar sekitar program tersebut yang dapat di kongsi bersama disini. Kalau ada mana-mana organisasi yang inginkan liputan penuh tentang program berbasikal mereka boleh la hubungi saya. Jangan hubungi Kemas Pahang, saya tak kerja dengan Kemas Pahang.

Semoga program berbasikal anjuran Kemas Pahang ini dapat MENGEMASKAN minda dan jati diri penduduk di negeri Pahang. Bukan bermaksud minda dan jati diri yang ada sekarang serabut, kerja-kerja mengemas ini memang perlu selalu dilakukan. Barulah minda dan jati diri sentiasa kemas dan tersusun. Baru senang nak bergerak kehadapan. Bak kata Siti Nordiana dalam lagunya "Bukan Mengungkit Tapi Membangkit "

Susah senang biarlah bersama
Jangan ada dengki di antara kita
Usah pandang pohon yang sebatang
Tapi renung hutan yang terbentang
Yang merimbun dann juga menghijau
Ada makna rahsia tersembunyi

Sekian.