Showing posts with label Kayuhan Hijau Gunung Senyum. Show all posts
Showing posts with label Kayuhan Hijau Gunung Senyum. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

Kayuhan Hijau Gunung Senyum - ikan patin

 1. Setelah sampai peserta Kayuhan Hijau Gunung Senyum telah di jamu dengan nasi bungkus. Tidak perlu berebut-rebut kerana semuanya cukup.
 2. Lauk pada kali ini adalah Gulai Ikan Patin Temerloh. Makan untuk peserta Kayuhan Hijau Gunung Senyum ini adalah tajaan Abah. Ikan patin ini datangnya dari Sangkar Ikan Patin Abah di Pangsanam. Gulai patin ini adalah resepi istimewa dari Abah juga.
 3. Masing-masing dan tak sabar nak menikmati nasi dan lauk ikan patin masakan Abah.
 4. Kami makan tak banyak walaupun dah mengayuh 40 km. Cukup sebungkus nasi dan sebungkus ikan patin. Tenaga yang dibekalkan oleh ikan patin Abah ini cukup buat saudara Badrul untuk mengayuh 40km lagi untuk balik ke Temerloh.
 5. Rasa masakan patin ini sungguh berlainan dari masakan di restoran patin di Temerloh. Dibandingkan dengan masakan patin di tepi sungai Temerloh, di Bukit Angin Temerloh atau di Batu Satu Temerloh ... yang Abah buat paling patin paling sedap. Tak ada langsung rasa sangkar. Mungkin sempurna basuhannya dengan limau nipis dan tepat sukatan bahannya.
Kalau ada rezeki yang lebih bolehlah Abah buat Kayuhan Hijau ke Sangkar Patin.
6. Bila dan makan tibalah masa untuk berihat sebelum mandi dan solat. Semua kemudah tu ada disediakan di Gunung Senyum ini. Maksudnya ada betul tandas dan suraunya. Bukan mandi dan solat dalam Gunung Senyum. Marah Penunggu Gunung Senyum.

Sunday, August 31, 2014

Kayuhan Hijau Gunung Senyum - Perpustakaan Desa Teluk Sentang

 1. Tempat singgahan seterusnya adalah Perpustakaan Desa Teluk Sentang. Untuk menjayakan pengisian Kayuhan Hijau, peserta perlu disalurkan ilmu-ilmu tentang kesedaran alam sekitar. Perpustakaan boleh digunakan bagi mendapatkan ilmu-ilmu tersebut.
 2. Berhampiran Perpustakaan Desa Teluk Sentang ini ada sebuah pentas yang sering digunakan oleh penduduk kampung untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan mereka. Antara pengisian lain yang boleh dijalankan adalah kempen kebersihan seperti mengutip sampah.
 3. Singahan d Perpustakaan Desa Teluk Sentang ini adalah bagi menyemai bibit-bibit membaca dikalangan anak-anak muda yang menyertai Kayuhan Hijau Gunung Senyum.
4. Bukan senang untuk membina minat membaca. Minat membaca amat susah diterapkan apabila pemimpin sendiri tidak membaca. bagi menyiapkan anak-anak muda fixie bagi menjadi pemimpin masa akan datang, mereka perlu diterapkan minat membaca. Minat membaca dikaitkan dangan minat ilmu. Kalau pemimpin tidak minat membaca pemimpin tiada ilmu. Membaca disini bermaksud membaca buku.

Sunday, August 24, 2014

 1. Hentian yang pertama adalah di jambatan. Ini adalah kumpulan yang pertama sampai.
 2. Ini pula adalah kumpulan yang kedua sampai di jambatan.
 3. Manakala ini pula adalah kumpulan yang ketiga sampai di jambatan.
4. kayuhan Hijau Gunung Senyum ini telah mendapat bantuan pengiring bermotosikal dan berkereta.

Sunday, August 17, 2014

Kayuhan Hijau Gunung Senyum - berkumpul

 1. Seperti yang ditunggu-tunggu, akhirnya sampailah hari berlangsungnya Kayuhan Hijau Gunung Senyum iaitu 26 November 2011 (Sabtu). Pengayuh Fixie adalah sebahagian dari jumlah peserta yang menyertai Kayuhan Hijau Gunung Senyum. Kayuhan ini adalah cara Semantan MTB menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia yang telah bermula pada tahun 1972. Hari Alam Sekitar Sedunia kini semakin berkembang sehingga menjadi salah satu acara oleh Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membangkitkan kesedaran orang ramai di seluruh dunia mengenai alam sekitar. Semantan MTB yang menjadi penganjur Kayuhan Hijau gunung Senyum turut serta mahu memberikan kesedaran kepada komuniti pengayuh basikal di Temerloh.
 2. Turut menambah kemeriahan Kayuhan Hijau Gunung Senyum ini adalah peserta dari Jerantut dan Kuantan.
 3. Topi keledar basikal adalah barang yang menjadi kemestia kepada pengayuh basikal mountain bike (MTB). Tetapi bagi pengayuh basikal fixie pula topi keledar basikal bukan menjadi sebahagian dari imej pengayuh basikal fixie.
 4. Selain topi keledar, brek juga menjadi perkara kemestian kepada pengayuh basikal mountain bike. Tetapi bagi pengayuh fixie brek bukan perkara yang menjadi kewajipan. Kalau pun ada yang memasang brek, cukup dengan brek depan sahaja.
 5. Kita semua kena faham bahawa basikal fixie dan merempit dengan motosikal adalah sebahagian dari cara hidup anak-anak muda zaman ini. Kita tidak boleh menghalang mereka merempit dengan motosikal. Kerana mereka akan tetap merempit. Begitu juga kita tidak boleh menghalang mereka merempit dengan basikal yang tak ada brek kerana itulah kegilaan anak-anak muda sekarang.
 6. Kalau kita halang mereka, mereka akan menjauhkan diri dari kita dan akhirnya mereka hanyut dalam dunia fixie mereka sendiri akhirnya nasihat kita tiada makna. Apa yang boleh kita lakukan adalah buatkan program untuk mengumpul mereka. Dalam program-program tersebut bolehlah kita selitkan serba sedikit panduan dan pegangan yang hendak kita terapkan dalam jatidiri mereka.
 7. Kita perlu berusaha untuk sediakan program untuk mereka. Mereka yang mengayuh fixie pada hari ini ada kemungkinan adalah pemimpin anak-cucu kita pada masa depan. Kita berikan mereka pelbagai peluang yang terbaik bagi menyiapkan mereka untuk menjadi pemimpin masa depan. Selebihnya marilah kita sama-sama berdoa supaya kita berjaya membimbing mereka dan mereka mahu mendengar nasihat kita.
 8. Mungkin ada yang masih tertanya-tanya, apakah sebenarnya Kayuhan Hijau. Apakah matlamat Kayuhan Hijau dan apakan objektif Kayuhan Hijau serta kenapa warna hijau?
 9. Secara mudahnya Hijau bermakna warna alam sekitar. Melalui Kayuhan Hijau ini kita mahu menanam rasa cinta anak-anak muda kepada kehijauan alam sekitar yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita semua untuk dinikmati. Kita mahu alam sekitar kita bersih dan bebas dari pelbagai pencemaran. Malahan berbasikal sendiri adalah aktiviti yang mesra alam sekitar. Kerana kita menggunakan kenderaan yang tidak menggunakan minyak petrol. Sedikit sebanyak kita boleh menjimatkan penggunaan petrol yang juga mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar. Supaya anak-cucu kita berpeluang menghirup udara segar lebih lama.
10. Mungkin sumbangan pengayuh basikal mountain bike dan fixie seramai 30 orang ini amat kecil tetapi tidak rugi kita menjalankan program mendidik anak-anak muda supaya cintakan kehijauan alam sekitar. Pada masa-masa akan datang diharap akan ada lebih ramai pihak yang sukarela memberikan sokongan dan bantuan kepada Semantan MTB untuk aktiviti seterusnya.