Sunday, May 25, 2014

Kayuhan Lubuk YU 2011 Maran (4)

 1. Sebelum bersurai, makan dan bergerak balik ke Padang Golf Maran, pengayuh diminta bergambar kenangan.
 2. Posisi belun tersusun. Ada yang pandang kanan dan ada yang pandang kiri.
 3.Yang betulnya semua pengayuh kena pandang kedepan. Sempat pula Encik Samsul Toyota pandang ke kanan.
4. Patutlah pengayuh basikal terkeliru, rupanya banyak sangat juru gambar. Tak tau nak pandang kat mana.

Sunday, May 18, 2014

Kayuhan Lubuk Yu 2011 Maran (3)

 1. YB Kuala Sentul mempelawa peserta kayuhan basikal Lubuk Yu bergambar kenangan.
 2. Tunggu saya nak juga bergambar.
 3. Inilah koleksi hadiah cabutan bertuah.
 4. YB Kuala Sentul menyampaikan hadiah kepada pengayuh basikal yang bernasib baik.
 5. Sungguh bertuah anak dara Encik Samsul Toyota kerana walaupun lewat sampai tetapi rupanya ada tuah.
 5. Farah dan Rizal sabar menunggu peserta bertuah muncul.
 6. Inilah koleksi basikal yang telah sampai le Lubuk Yu maran.
6. Hadiah utama adalah body basikal XDS yang berharga lebih kurang RM400. Rupanya pengayuh perempuan menjadi peserta yang paling bertuah.

Sunday, May 11, 2014

Kayuhan Lubuk Yu 2011 Maran (2)


 1. Kawasan berhimpun peserta kayuhan lubuk yu.

 2. Sementara menunggu peserta kayuhan yang belum sampai, ada yang tangkap gambar.

 3. Abah dengan marinda hitam hijau.

 4. Siapa kata yang besar tak boleh mengayuh. Saudara Badrulhisham ini mampu mengayuh dari padang golf maran sampai ke Lubuk Yu.

 5. Nampak sangat gaya letih.

 6. Bergambar dekat air lubuk yu, tapi ikan yu susan nak jumpa.

 7. Berasa seronok sungguh kerana telah berjaya sampai.

 8. Saudara Zainal Abidin yang telah mencecah umur 50 tahun, masih mampu mengayuh dari padang golf Maran sampai ke Lubuk Yu. Betul-betul kayuh tak ada tompang lori Majlis Daerah Maran. Beliau sempat mengayuh beriringan dengan YB Adun Kuala Sentul.

 8. Saudara Zainal Abidin CC Pejabat Risda Negeri Pahang dengan Basikal Jamis Taril x 3.0 bergaya dengan baju Shimano.

 9. YB Adun Kuala Sentul bergambar dengan peserta muda Kayuhan Lubuk Yu Maran 2011.

Sunday, May 4, 2014

Kayuhan Lubuk Yu 2011 Maran (01)

  1.  

Kayuhan Berbasikal Lubuk Yu Maran ini telah diadakan pada 16 Julai 2011. Semua pengayuh telah berkumpul di Padang Golf Maran untuk pengesahan pendaftaran dan membuat pembayaran yuran penyertaan. Setiap peserta dikenakan bayaran RM15 sahaja.

Dengan bayaran tersebut peserta diberikan sehelai baju T Kayuhan Lubuk Yu berwarna kuning. Disebabkan program ini adalah Program Sinar Harian maka pengayuh yang berdaftar juga mendapat hadiah majalah terbitan karang kraf.

Ucapan perasmian dilakukan oleh Ahli Parlimen Maran. Turut hadir adalah Adun Kuala Sentul.

Sunday, April 27, 2014

Kayuhan Patin Bandar Temerloh (3)

 (1) Sukanika yang disertai oleh peserta Kayuhan Patin Bandar Temerloh.
 (2) basikal-basikal yang digunakan oleh peserta Kayuhan Patin Bandar Temerloh.
 (3) Gambar yang disiarkan dalam Sinar Harian Pahang berkaitan dengan Kayuhan Patin Bandar Temerloh.
(4) Lagi gambar Kayuhan Patin Bandar Temerloh yang keluar dalam akhbar Sinar Harian Pahang.

Sunday, April 20, 2014

Kayuhan Patin Bandar Temerloh (2)

 (1) Kayuhan Patin Bandar Temerloh ini kurang mendapat penyertaan dari seluruh Pahang kerana 'berlaga' dengan tarikh Kayuhan Bandar Kuantan. pengayuh kuantan dan bandar sekitarnya akan bertumpu ke Kayuhan Bandar Kuantan. manakala pengayuh yang berada disekitar bandar Temerloh akan bertumpu ke Kayuhan Patin Bandar Temerloh.
 (2) Program Kayuhan Patin Bandar Temerloh ini diuruskan oleh pasukan Sinar Harian Pahang. Untuk menyertainya peserta perlu membuat bayaran sebanyak RM30.00 seorang. Dapat sehelai baju T, dapat makan nasi lauk daging (bukan patin), dapat cabutan bertuah (ramai yang bertuah), dapat masuk sukanika dan akhir sekali dapat bergambar dengan dua ekor ikan patin (ikan betul).
 (3) Kayuhan Patin Bandar Temerloh mendapat penyertaan dari kaum wanita juga. Jangan kata wanita tak kuat kayuh basikal, ada yang kuat boleh mengalahkan orang lelaki semasa atas basikal.
(4) Lagi gambar Kayuhan Patin Bandar Temerloh DISINI [atokmtb.blogspot.com/2011/10/tok-meriahkan-kayuhan-bandar-patin.html]

Sunday, April 13, 2014

Kayuhan Patin Bandar Temerloh (1)

 (1) Sempena kayuhan Patin Bandar Temerloh telah diadakan sesi menanam pokok bagi menghijaukan lagi dandar Temerloh.
 (2) Aktiviti kayuhan basikal adalah aktiviti 'cinta alam' dan 'aktiviti mesra alam' sudah tentu perlu dikaitkan dengan aktiviti menanam pokok yang juga aktiviti 'cinta alam' dan 'aktiviti mesra alam'.
 (3) Kalau kita biarkan bumi Temerloh dengan segala macam pembangunan dengan menaman lebih banyak batu-batu, besi-besi dan kayu papan ... tentu kita akan menyesal 10 atau 20 tahun akan datang.
 (4) Kita mungkin tidak bersedia untuk mengejar jejak Netherlands dalam menjaga alam sekitar. Mereka ada 'town planning' bagi mencapai objektif 'Increase non-motorised mobility Reduce car mobility'. bagi negara Netherland, hampir 12 juta daripada 14 juta penduduk mereka mempunyai basikal.
 (5) Matlamat utala mereka dalam 'traffic planning' adalah mengurangkan penggunan kereta. Untuk mencapat tujuan tersebut mereka telah bermula pada tahun 1970an dengan melancarkan 'Traffic and Transport Structure Scheme'. Seterusnya merekal telah menjalankan 'Programme for Personal Transport - to providing better facilities for cyclists' pada tahun 1980 hingga 1984.