Kemas Pahang telah sekali lagi mengadakan kembara berbasikal 2009. Kalau pada tahu 2008 telah bermula di bentong dan tamat di kuantan, pada kali ini telah bermula di Rompin dan tamat di Kuantan. Program tahun 2009 ini telah diadakan pada 9hb. April (Rompin) hingga 13hb April (Kuantan). Pada kali ini program ini dinamakan "Program Pemimpin Turun Ke Desa (Jelajah Berbasikal Antara Kampung GDW) 9 Hingga 13 April 2009 (Rompin - Pekan - Kuantan) ". Program Pemimpin Turun Ke Desa (Jelajah Berbasikal Antara Kampung GDW) 9 Hingga 13 April 2009 (Rompin - Pekan - Kuantan) anjuran Pejabat KEMAS Bahagian Operasi PKM Jalan Bukit Ubi Kuantan.
Pada kali ini saya tak berpeluang untuk turut serta berbasikal dengan Kemas Pahang. Tak ada gambar-gambar sekitar program tersebut yang dapat di kongsi bersama disini. Kalau ada mana-mana organisasi yang inginkan liputan penuh tentang program berbasikal mereka boleh la hubungi saya. Jangan hubungi Kemas Pahang, saya tak kerja dengan Kemas Pahang.
Semoga program berbasikal anjuran Kemas Pahang ini dapat MENGEMASKAN minda dan jati diri penduduk di negeri Pahang. Bukan bermaksud minda dan jati diri yang ada sekarang serabut, kerja-kerja mengemas ini memang perlu selalu dilakukan. Barulah minda dan jati diri sentiasa kemas dan tersusun. Baru senang nak bergerak kehadapan. Bak kata Siti Nordiana dalam lagunya "Bukan Mengungkit Tapi Membangkit "
Susah senang biarlah bersama
Jangan ada dengki di antara kita
Usah pandang pohon yang sebatang
Tapi renung hutan yang terbentang
Yang merimbun dann juga menghijau
Ada makna rahsia tersembunyi
Sekian.
Friday, April 17, 2009
Tuesday, March 31, 2009
BlogMalaysia.com

BlogMalaysia - a human edited web directory with Google PageRank 3 status - invites bloggers around Malaysia to submit and promote their blogs to gain higher publicity to the world!
31.03.2009 -kemaspahang.blogspot.com mohon disenaraikan dalam Blog Malaysia setelah 33 tajuk ditulis.
11.04.2009-[Number Hits: 00] [Pagerank:00] [Alexa Rank:8] [Google IP:46]
03.06.2009-[Number Hits: 02] [Pagerank:00] [Alexa Rank:8] [Google IP:53] [Posts:36]
12.06.2009-[Number Hits: 03] [Pagerank:00] [Alexa Rank:8] [Google IP:46] [Posts:36]
Sunday, September 21, 2008
Berbasikal: Bentong - Kuantan TAMAT
Setakat ini sahaja gambar-gambar yang dirakam semasa Jelajah Berbasikal Merdeka 2008. Gambar ini telah dimasukan secara berperingkat-peringkat. Kepada kawan-kawan yang sentiasa mengikuti perkembangan blog kemaspahang.blogspot.com saya ucapkan terima kasih. Kini dimaklumkan bahawa Catatan 30 adalah koleksi gambar Jelajah Berbasikal Merdekaan 2008 yang terakhir.
Kepada ahli Pasukan Berbasikal Kemas Pahang yang inginkan gambar mereka bolehlah diambil secara percuma sahaja. Kalan nak cuci boleh hantar ke kedai gambar dan mintak dicuci saiz 3R. Jika ada yang ingin menggunakan gambar ini untuk apa-apa tujuan yang murni, jangan lupa nyatakan sumbernya. Kalau boleh nyatakan dalam 'comment' nombor gambar yang diambil.
Disini saya ingin nyatakan terima kasih Pengarah Kemas Pahang, Tuan Haji Nik Man bin Nik Ya. Terima kasih semua kakitangan Kemas Pahang. Terima Kasih kakitangan Kemas Kelantan. Terima kasih TUDM Kuantan. Terima kasih Persatuan Lumba Basikal Pahang. Terima kasih kerana telah sama-sama berkayuh, berbasikal dan berkenalan. Terima kasih juga kepada semula pihak yang terlibat yang saya tidak nyatakan dan yang saya tidak tahu.
Sekian Terima Kasih

Saturday, September 13, 2008
Berbasikal: Bentong - Kuantan 30 (25hb-04pt)
Kemas Pahang:
JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008
4.00 petang- 25hb. Ogos 2008
Catatan 30:
Alhamdulilah. Akhirnya Pasukan Berbasikal Kemas Pahang telah berjaya menamatkan Jelajah Berbasikal Merdeka 2008 dari Bentong ke Kuantan. Pasukan Berbasikal Kemas Pahang menerima sambutan yang amat meriah oleh penduduk Kampung Pandan Kuantan. Penduduk kampung telah berbaris di kiri kanan jalan ketika Pasukan Berbasikal Kemas Pahang sampai.
Semasa melalui barisan-barisan yang menyambut terbayang, ada yang berkayuh dari Kampung Gajah Bentong ke Kampung Pandan Kuantan. Ada yang bergilir-gilir berkayuh basikal. Ada juga yang muncul di saat-saat akhir. Ada yang belum puas berkayuh basikal. Ada yang sudah serik berkayuh basikal. Tetapi yang lebih penting, kami semua ada disini untuk sama-sama menamatkan dengan jayanya Jelajah Berbasikal Merdeka 2008 anjuran Kemas Pahang.
Sebaik sahaja Pasukan Berbasikal Kemas Pahang memijakkan kaki ke tanah di Kampung Pandan Kuantan, maka hujan rahmat pun turun. Saya rasa sungguh terharu, kerana dengan izin Allah SWT hujan turun setelah semua peserta selamat sampai. Hujan turun dengan lebatnya. Majlis diteruskan dalam suasana hujan rahmat mencurah-curah.
Nama semua peserta telah dipanggil seorang demi seorang untuk menerima sijil. Hujan yang turun tidak terasa sebagai halangan. Sebaik sahaja acara tamat, dengan izin Allah SWT hujan berhenti. Kami pun bersiap-siap untuk kembali kerumah masing-masing.
Kalau ada mereka yang ingin kongsi cerita dan pengalaman mereka, klik pada 'comment'.
1
2
3
4
5
6
7
8

Berbasikal: Bentong - Kuantan 29 (25hb-03pt)
Kemas Pahang:
JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008
3.00 petang- 25hb. Ogos 2008
JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008
3.00 petang- 25hb. Ogos 2008
Catatan 29:
Jam telah masuk ke angka 3. Pasukan Berbasikal Kemas Pahang masih berada di Kampung Sri Fajar. Ramai penduduk Kampung Sri Fajar hadir untuk melihat Pasukan Berbasikal Kemas Pahang yang berbasikal dari Bentong ke Kuantan.
Minum sudah, makan buah sudah, tanda ingatan pun sudah dapat, kini tibalah masa untuk bergambar beramai-ramai. Akhir sekali Pengarah Kemas Pahang, Tuan Haji Nik Man bin Nik Ya menyerahkan tanda ingatan daripada Kemas Pahang.
Kalau ada mereka yang ingin kongsi cerita dan pengalaman mereka, klik pada 'comment'.
Berbasikal: Bentong - Kuantan 28 (25hb-02pt)
Kemas Pahang:
JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008
2.00 pagi - 25hb. Ogos 2008
Catatan 28:
Pukul 2 petang Pasukan Berbasikal kemas Pahang masih berada di Semuji. Namun begitu dalam masa yang sama ini juga Pasukan Berbasikal Kemas Pahang telah sampai di Kampung Seri Fajar. Di Kampung Sri Fajar peserta telah dihidangkan dengan menuman yang menyejukkan badan. Sebelum Pasukan Berbasikal Kemas Pahang mengayuh meninggalkan Kampung Sri Fajar, mereka telah di berikan tanda ingatan untuk dibawa balik.

Berbasikal: Bentong - Kuantan 27 (25hb-12th)
Kemas Pahang:
JELAJAH BERBASIKAL MERDEKA 2008
12.00 tengahari- 25hb. Ogos 2008
Catatan 27:
Kini waktu telah memijak kaki ke angka 12.00 tengahari, Pasukan Berbasikal Kemas Pahang masih bersama masyarakat Orang Asli. Masing-masing seronok makan buah rambutan.
Dalam waktu panas yang terik inilah juga kami meneruskan perjalanan seterusnya. Akhirnya kami sampai di Agro Semuji untuk makan tengahari, rehat, solat dan ada yang sempat tidur.
Kalau ada mereka yang ingin kongsi cerita dan pengalaman mereka, klik pada 'comment'.
1
2
3
4
5
6
7
8
9

Subscribe to:
Posts (Atom)